AKHIRNYA MUSA HASSAN FAHAM MAKNA FITNAH JAHAT


"a
Assalamu alaikum,,..
Selawat dan Salam ke atas Junjungan,,..

Akhirnya Musa Hassan muncul untuk menafikan berita yang tersebar yang mengatakan beliau lumpuh dan tidak boleh bercakap. Musa Hassan muncul di hadapan wartawan dan menunjukkan betapa berita tersebut tidak benar. Menariknya,Musa Hassan mendakwa berita sedemikian merupakan fitnah jahat terhadap beliau dan keluarga.

Musa Hassan melihat betapa kaitan penting keluarga beliau dengan berita sedemikian. Musa Hassan mula faham bagaimana anak anaknya mungkin menanggung aib dan berdepan dengan situasi yang sukar di hadapan rakan rakan sebaya kerana berita palsu sebegini.

Tetapi menjadi tanda tanya kepada kita semua ialah apakah ini juga bermakna Musa Hassan mula faham perasaan DSAI ketika beliau mengusung tilam ke mahkamah pada tahun 1998 dulu? Apakah Musa Hassan mula faham bagaimana malu dan sukarnya keluarga DSAI berdepan dengan tilam yang diusung itu,tilam yang kemudiannya dipadamkan dari menjadi bahan bukti.

Musa Hassan sepatutnya cukup sedar dengan perasaan yang ditanggung oleh DSAI dan keluarga bilamana mengatakan bahawa berita yang mengatakan beliau lumpuh merupakan fitnah yang jahat terhadap beliau dan keluarga. Sepatutnya juga Musa Hassan tampil membuat pengakuan bagaimana penglibatan beliau dalam fitnah besar terhadap DSAI dulu dan mengaku bagaimana penglibatan beliau ketika membatalkan penggunaan dakwat kekal semasa PRU 12 dulu.

Musa Hassan seharusnya membuat pengakuan ini sebagai membuktikan keikhlasan beliau serta sebagai menyatakan keinsafan dengan dugaan ALLAH ini. Apatah lagi Musa Hassan mendapat peluang ini di bulan Ramadan yang menjanjikan rahmah dan magfirah serta pembebasan dari api neraka.

Amatlah rugi kalau Musa Hassan melepaskan peluang ini.

No comments

Powered by Blogger.