Anwar tuntut Parlimen adakan sidang tergempar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata beliau telah menghantar surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menuntut beliau mengadakan sidang tergempar Dewan Rakyat bagi membahaskan usul tergempar terhadap kerajaan pimpinannya.

"Saya telah membuat permohonan rasmi supaya Parlimen mengadakan sidang tergempar untuk membahaskan usul tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional, selewat-lewatnya pada 23 September," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar, pemimpin Pakatan Rakyat itu berkata, pakatan pembangkang mahu membahaskan usul tidak percaya terhadap Abdullah.

Anwar mahu sidang tergempar itu diadakan selewat-lewatnya Selasa depan.

Anwar berkata, surat tersebut ditandatangani bersama oleh beliau selaku penasihat PKR, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

No comments

Powered by Blogger.