bang..tolong senyap sekejap boleh?
Khalid, Diam Sahajalah
Terperanjat aku membaca berita dimuka depan Utusan Malaysia hari ini. Aku tidak pasti itu adalah benar kata-kata yang keluar dari mulut Menteri Besar Selangor, atau satu sandiwara akhbar media arus perdana untuk mengalih perhatian dari isu Bukit Bendera.
Khalid didakwa berkata lawatan beliau ke tempat dilanda musibah membuang masa dan membuang kewangan sahaja. Beliau ada wakil rakyat dan orang yang boleh pergi melawat, yang boleh pergi memberi sumbangan kewangan. Guess what Khalid, rakyat suka nak tengok pemimpin mereka datang melawat, mendengar sendiri rintihan rakyat dikala kesusahan. Mendengar dan melihat sendiri sudah pasti berbeza dari mendengar dari pihak perantara.
Rakyat suka dengan pemimpin yang prihatin, yang dalam keadaan super busy sekalipun boleh meluangkan masa melihat keadaan kawasan bencana. Aku melihat PAS sebagai berbeza dari UMNO. Takkan nak upgrade sama paras dengan Paklah, dikala banjir di Johor, beliau ke Australia makan nasi kandar?
Aku nasihatkan kepada Khalid, lainkali kalau nak menentang arus, diamkan sahaja. Jangan bersuara. Something better left unspoken.
No comments
Post a Comment