BANYAK YANG BN HINA AGAMA ISLAM?

BAGAN DATOH: Tindakan empat buah agensi Islam membuat laporan polis terhadap penulis blog "Malaysia Today" Raja Petra Kamaruddin adalah bukti umat Islam tidak akan berdiam diri dengan penghinaan yang dibuat terhadap agama itu termasuk melalui laman blog di internet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata tindakan membuat laporan polis itu amat wajar.

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Al-Ghazali di sini malam semalam, beliau berkata pihak yang menghina dan memperlekehkan imej Islam perlu dikenakan tindakan sewajarnya mengikut undang-undang negara.

Beliau berharap tindakan tegas yang diambil pihak berkuasa akan mencegah blog lain daripada menulis dan menyiarkan perkara yang menghina agama Islam.

Empat agensi yang membuat laporan polis semalam ialah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).
Laporan itu membabitkan artikel yang ditulis oleh Raja Petra bertajuk "I Promise to be a good, non-hypocritical Muslim" dan ulasan pada artikel bertajuk "Not all Arabs are descendants of the Prophet" yang didakwa menghina umat Islam dan Nabi Muhammad S.A.W. BERNAMA

SEBELUM CAKAP KAT ORANG YANG HINA ISLAM..BAIK SULUH DIRI SENDIRI DULU..
LU PIKIR LA SENDIRI........

No comments

Powered by Blogger.