Bawa bertenang dan berbincanganlah dengan persahabatan semoga Allah memberkati setiap inci apa yang kita tulis.
Forum TKO makin hangat, server baru ketiga yang canggih pun masih tidak mampu untuk menanggung beban posting yang kian meningkat, apatah lagi akhir-akhir ini telah menjadi medan untuk meluahkan padangan dan ada juga yang menjadikan tempat sebaran fitnah dengan mengambil kesempatan isu yang berlaku.
Beberapa hari kebelakangan ini, memaksa saya untuk membaca dan meneliti hampir setiap posting dalam forum TKO. Kerja ini cukup memenatkan.
Semalam kita digempar dengan isu kenyataan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz berhubung dengan kenyataan balas Dato’ Haji Mustafa Ali berkaitan isu 16 September 2008.
Harakahdaily tidak menyiarkan kenyataan ini. Harakah cetak menyiarkannya dalam bentuk olahan terpilih yang pasti semua orang boleh baca di muka surat belakang.
Banyak kenyataan dan andaian yang tidak tepat berhubung dengan isu ini. Golongan yang ingin menjatuhkan kumpulan ulama mengambil kesempatan ‘bola tanggung’ dalam isu ini. Emosi dan sentimen membuatkan orang ‘media’ seperti saya menjadi tersempit.
Saya membaca ulasan sdr Penarik Beca dalam blognya (http://penarikbeca.blogspot.com/ ) yang menyebut
“Khabar angin yang bertiup kencang di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar semalam mendakwa ada orang tertentu yang mengarahkan Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman supaya menyiarkan ulasannya mengenai apa yang diriuhkan akan berlaku pada 16 September ini di muka hadapan Harakah keluaran yang akan diedarkan esok atau malam ini.”Perlu diingat kalau saya sebagai seorang Ketua Editor Harakah sekalipun saya akan menghormati permintaan pengerusi lembaga pengarah untuk menyiarkan kenyataan beliau dihadapan walaupun kenyataan tersebut berbentuk peribadi. Mungkin atas permintaan…. Atau saya boleh buat kenyataan saya tak akan siar apa nak jadi-jadilah.. Takkan begitu!
Manakala kenyataan Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz yang datang pada masa hampir harakah dicetak agak sukar untuk dipaparkan dimuka hadapan. Walapun kita tahu muka hadapan sesuatu akhbar adalah elemen terakhir sesuatu ‘editing’ kerana ini akan memberikan imfak kepada sebaran media tersebut.
Kenyataan penuh Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz diposting dalam forum TKO dengan tajuk “Statement TGNA berkenaan Mustafa Ali” dengan mengambil sumber daripada satu blog penulis harakah iaitu Wan Nordin Wan Yaakob (http://wannordinwanyaacob.blogspot.com/) Link sumber ini tidak didapati, forumer berbalah soal kesahihannya. Wan Nordin mendaftar sebagai ahli TKO dan menyatakan satu kenyataan yang berbunyi demikian.
“Assalamualaikum kepada pembaca semua, maaf inilah kali pertama saya memohon maaf kepada pembaca kerana saya terpaksa menarik kembali artikel berhubung kenyataan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bertajuk "Rakyat Terengganu salah Piliha Pesuruhjaya' dan 'Mursyidul Am Tegur Mustafa Ali' yang menyaksikan saya dengan berat hati terpaksa juga berbuat demikian.Saya lebih berpendapat kenyataan ini tak perlu dibuat. Adalah lebih baik dia mengekalkan Kenyataan TGNA daripada dia membuat kenyataan dia dipaksa menarik artikel. Ini akan membuatkan situasi menjadi lebih tidak terkawal.
Jam 3 petang tadi, saya dihubungi oleh Ahmad Lutfi Othman yang meminta saya menarik kembali artikel tersebut selepas semalam saya memasukkannya.
Beberap alasan telah diberi, namun saya pasti sebenarnya beliau tersepit.Kemudian Dato' Kamarudin Jaffar pula menghubungi saya meminta saya mempertahankan artikel tersebut, malangnya oleh kerana kebimbangan saya di atas beberap sebab, saya dengan itu menarik kembali artikel tersebut denmgan rasa berat hati dan merasai kebebasan bersuara telah disekat.”
Saya lebih bersetuju pendapat Ahmad Lutfi Othman dalam hal ini. Harakah sepatutnya tidak boleh terbabit dalam perbalahan pandangan ini. “Orang-orang harakah” juga adalah lebih baik mengelak diri daripada terbabit mengeluarkan maklumat ini. Biar maklumat ini dikeluarkan oleh blog lain yang tidak menjadi elemen parti itu sendiri.
Saya lebih berpendapat Ahmad Lutfi tidak ditekan. Memang akan ada “kuasa-kuasa ghaib” (daripada dua-dua belah pihak) yang akan menalipon untuk memberikan arahan tetapi sebagai Ketua Editor saya rasa beliau lebih mengetahui dalam lembaga harakah itu siapa blok kiri dan blok kanan (cth ajelah…)
Saya berpendapat, sepatutnya Wan Nordin tidak perlu menghubungi Dato’ Kamaruddin Jaafar pasal mesti dia tahu apa keputusan Dato’ KJ dalam hal ini. Sama juga dengan Ahmad Lutfi kalau dia rujuk kepada sesiapa mesti dia tahu jawapannya. Adalah lebih baik sebagai ketua editor dia membuat keputusannya sendiri dalam soal ini.
Kita tak suka Dato’ Mustafa menggunakan kuasa dan begitu kita tak suka Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz menggunakan kuasa untuk menekan ketua editor harakah. Yang boleh membuat kenyataan hanya Presiden dan Timbalan sahaja. Akhirnya akhbar Harakah menjadi sampah!
Saya mengambi petikan penulisan Penarik Beca.
Memang, ada orang telah forward SMS di bawah kepada saya: khabarnya (TG) Nik Aziz kecewa hrkh x siar penuh 'bidasan' penuhnya pd (Haji) Mustapha (Ali). katanya Mustapha blh hrkh siar dua muka intbiu. dia punya kytaan x ambik semua. mcmna ni?Begitu juga dengan blog. Pemimpin mengeluarkan rasa tidak puas hati dalam blog masing-masing. Haji Husan dengan blognya, Khalid dengan blognya dan ramai lagi masing-masing dengan pendapat masing. Ahli menjadi celaru. Saya lebih suka dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi dalam hal ini yang cuba mengelak untuk membuat kenyataan yang tak sepatutnya.. hingga ada orang kata beliau ‘diperkudakan’.
Dato’ Seri Haji Abdul Hadi menggunakan komputer zaman pemimpin PAS lain masih buta komputer. Beliau melayari internet dan menulis tetapi beliau takpun buat blog untuk mengeluarkan pandangannya.
Sebagai ahli jamaah dan sebagai seorang Islam, mendamaikan mana-mana pihak adalah satu tuntutan agama, walaupun kita condong kepada satu pihak. Lumrah manusia ada pendapatnya sendiri tetapi kita jangan jadi eleman untuk mengapi-apikan situasi ini. Takutlah kita kepada Allah sengguhnya azab Allah tidak mengira apa status kamu dalam jamaah Islam.
SMS dan posting di forum seolah-olah media harakah dikongkong adalah tidak benar. Ahmad Lutfi tu bukan semua orang suka kepada dia berada di situ sebagai Ketua Editor. Mungkin ini kesempatan yang ada untuk berbuat sesuatu…
Saya masih berpendapat tiada kongkongan, hanya wujud situasi kurang selasa dan tersempit dalam menjalankan tugas.
Saya bercakap seolah-olah seperti orang Harakah. Kenapa? Perkara yang sama juga berlaku di TKO, sebagai orang media saya ada pandangan sendiri tetapi pandangan saya tidak saya gunakan untuk memburuk-buruk mana-mana pihak yang saya tak suka. Saya tak mencaci, tak menyebar maklumat fitnah dan palsu kepada sahabat seIslam saya sewenangnya dengan hanya khabar angin.
Saya lebih takut kepada azab Allah s.w.t. daripada kemenangan hujah dunia yang belum tentu apa yang saya tulis itu betul atau salah. Apakah kita gembira menuduh rakan seperjuangan kerana hati kita akan merasa gembira?
Saya daripada darjah 4 mula bergiat dengan parti dan tingkatan 1 telah mula mengikut usrah sehingga sekarang. Saya ditarbiyyah dengan tarbiyyah PAS Terengganu tanpa campur aduk mana-mana fikrah.
Laman ini dibina atas dasar tabiyyah PAS Terengganu dan kami istiqamah sehingga sekarang. Malangnya PAS Terengganu diserang bertubi-tubi dengan pelbagai tuduhan yang cukup tidak berasas dan laman ini menjadi medan untuk fitnah ini tanpa maklumat yang betul.
Saya masih bersabar dengan tulisan tersebut, walapun kami ada kuasa untuk menghalang dan menyekat. Kami lebih percaya kepada Allah s.w.t. sesungguhnya Allah pasti akan membalas perbuatan manusia.
Kita tidak marah jika ada yang ingin meluahkan rasa tidak puah hati atas dasar menyelamatkan jamaah daripada sesuatu eleman yang tak baik. Tetapi kita tak suka jika kerja-kerja ini dibuat dengan fitnah yang melulu tanpa asas yang kukuh.
Manusia boleh membuat silap, ahli jamaah boleh membuat silap. Begitu juga kepimpinan. Tidak ada sesiapa pun yang boleh lari daripada membuat kesilapan. Kita ada saluran untuk menegur.
Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Dungun telah mengusulkan satu usul untuk PJ mengundur diri dalam Mesyuarat Agung Pemuda PAS Terengganu pada 19 Julai 2008 yang lalu. Kami mengusul secara anak-beranak walaupun PJ adalah bekas YDP Kawasan Dungun. Usul ini ditolak dengan dibangkang oleh Pemuda PAS Marang yang dihujah oleh anak Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Ustaz Muhamad Khalil. Kami tak hebohpun… kami guna saluran parti.
Bawa bertenang dan berbincanganlah dengan persahabatan semoga Allah memberkati setiap inci apa yang kita tulis.
No comments
Post a Comment