Galeri operasi tahanan ISA

GAMBAR PILIHAN OPERASI PENAHANAN DI BAWAH ISA DAN PERKEMBANGAN SUSULAN

WARTAWAN Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, 33, ketika tiba di rumahnya di Taman Alma di sini, hari ini selepas ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam. Tan dibebaskan kira-kira pukul 2.30 petang tadi. - fotoBERNAMA

--------------------------------------------

SYED Hamid Albar pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur hari ini bagi mengesahkan pembebasan Tan Hoon Cheng, wartawan Sin Chew Daily yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). - fotoBERNAMA

--------------------------------------------

KETUA Menteri Lim Guan Eng (kiri) mengiringi ibu bapa kepada wartawan akhbar Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) hadir di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini. - fotoBERNAMA

--------------------------------------------

RAKAN sejawatan Tan Hoon Cheng, wartawan Sin Chew Daily, yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri gagal mengawal perasaannya semasa menunggu perkembangan terbaru mengenai rakannya itu di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang hari ini. - fotoBERNAMA

--------------------------------------------

ORANG ramai menyalakan lilin sebagai bantahan mengenai penahanan seorang wartawan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang semalam. - fotoBERNAMA

--------------------------------------------

IBU bapa Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok, Kok Kin Tong (kanan), 74, dan Pong Seh Kwan (kiri), 71, ketika menghadiri sidang media anjuran DAP di Petaling Jaya pagi tadi.

--------------------------------------------

ANGGOTA Gerakan menandatangani petisyen menggesa tahanan ISA dibebaskan di Georgetown. - foto The Star oleh K.E. OOI

--------------------------------------------

JURUGAMBAR yang membuat liputan majlis konvokesyen Han Chiang College memakai kemeja-T berwarna hitam sebagai tanda menyatakan sokongan kepada wartawan Tan Hoon Cheng yang ditahan di bawah ISA. - foto The Star oleh GOH GAIK LEE

No comments

Powered by Blogger.