Gesaan Akar Umbi Agar MCA Keluar BN Akan Dibawa Ke Peringkat Tertinggi, Kata Tan

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) -- Gesaan daripada anggota akar umbi MCA supaya parti itu keluar daripada Barisan Nasional (BN) perlu dilihat dengan teliti dari semua sudut, kata Pengerusi MCA Wilayah Persekutuan Datuk Tan Chai Ho.

Beliau berkata isu itu adalah suatu perkara yang rumit dan perlu dikaji dengan menyeluruh, terutamanya akibat daripada tindakan sedemikian.

Namun begitu, Tan berkata beliau akan membawa perkara itu kepada perhatian pucuk pimpinan parti.

"Saya akan membawa cadangan ini kepada Jawatankuasa Pusat. Isu ini perlu dibincangkan dengan sebaik-baiknya dan kita perlu mempertimbangkan apakah akibat daripada tindakan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda MCA Wilayah Persekutuan di sini, Sabtu.

Beliau diminta mengulas gesaan oleh Hang Chin Pheng, yang akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pemuda MCA Wilayah Persekutuan, bahawa sayap parti berkenaan akan mendesak pucuk pimpinan MCA supaya menimbangkan untuk keluar daripada gabungan pemerintah itu.

Tindakan itu akan diambil sekiranya kepimpinan tertinggi Umno gagal mengambil tindakan sewajarnya terhadap Ketua Umno bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail.

Sambil mencadangkan bahawa tindakan undang-undang terhadap Ahmad sebagai jalan keluar yang terbaik, Tan turut menggesa polis supaya menyegerakan siasatan berhubung isu itu.

-- BERNAMA

LU BUAT PAK LAH BIKIN TIDOR TAK LENA MALAM NI
HAHAHA..

No comments

Powered by Blogger.