harapan untuk anwar ibrahim

TANGGAL 10.SEPTEMBER 2008. Hari gelap bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kancah politik dan keselesaan rancangan pakatan rakyat dalam membentuk kerajaan termasuk pada 16.9.2008.



Seluruh rakyat Malaysia dan dunia amnya menanti keputusan mahkamah dalam kes pertuduhan liwat dengan sdr. Saiful. Dalam kancah politik semasa barisan nasional tetap mencari helah dan akan mengiyakan kes tersebut bagi menyelamat politik individu dalam umno dan kerajaan barisan nasional.

Jika andaian DS Anwar Ibrahim tidak dibenarkan jamin atau kesnya dibicarakan satu lagi titik hitam dalam dairi kehidupan DS Anwar Ibrahim dan keluarganya. Adakah rancangan DS Anwar Ibrahim gagal?. Inilah persoalan dalam mencari jawapan. Terserah pada kebijaksana parti dalam pakatan rakyat.

Tempuh 16.September 2008 terlalu kelabu dan menampakan awan mendung. Bukan kerana kelemahan DS Anwar Ibrahim dan pemimpin pakatan rakyat dalam merialisasikan kehendak rakyat ramai. Dalam politik strategi dan pelan memerlukan seribu pindaan sebelum dimuktamakan.

Namun jika DS Anwar dibicara pertuduhan liwat sebaik sahaja kes bicara bermula pada hari ini. Maka bermulah episop duka dan dendam dari kerajaan barisan nasional. Jika perbicaraannya seperti bicara kes liwat pertama hampir pasti terjatuh hukuman keatas DS Anwar Ibrahim.

Tapi ingat rakyat akan bangun menentang dalam prosese pilihanraya umum yang ke 13 nanti. Jelas kes liwat ke 2 dirancang oleh pemmipin umno. Itu pandangan dari sudut kronologi peristiwa yang dipaparkan oleh pehak kerajaan barisan nasional.

Semangat DS Anwar Ibrahim akan lahir diseluruh pelusuk Malaysia tak kira apa bangsa pun dan ugama. Dengan ada cemuhan tidak terjadi perubahan kerajaan pada 16.September 2008.

No comments

Powered by Blogger.