ISA Hanya Perlu Digunakan Dalam Kes Yang Sangat Ekstrem - MCA

KUALA LUMPUR, 15 Sept (Bernama) -- MCA berpendapat bahawa jika Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) benar-benar perlu, ia sepatutnya hanya digunakan dalam kes yang sangat ekstrem, kata presidennya Datuk Seri Ong Ka Ting.

"Jika tidak Akta ini sendiri adalah satu ancaman terhadap peraturan perundangan dan asas kebebasan sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan kita," katanya dalam kenyataan hari Ahad.

Ong berkata penggubal ISA sendiri, mendiang Profesor RH Hickling, pernah berkata bahawa Akta itu hanya untuk melawan pemberontak Komunis dan mereka yang terlibat dalam perjuangan bersenjata.

"Jika benar keselamatan negara terancam, mesti ada bukti kukuh untuk membuktikannya. Jika tidak mereka yang ditahan (mengikut ISA) perlu didakwa di mahkamah di mana terdapat undang-undang yang mencukupi untuk tujuan itu," katanya.

-- BERNAMA

botak je kepala dia gong....tak dapat nilai buruk baik.....bertambah la gugur rambut hang..orang bukan islam pun tahu niali baik buruk...letak jawatan la mid..

No comments

Powered by Blogger.