Lagi Pendedahan Penipuan Blog Anti Husam Blog Anti Husam

Blog Anti Husam mendakwa adanya sebuah Deklarasi Dubai, dimana antara lain, Anwar Ibrahim bersetuju menjadikan Husam Musa sebagai Timbalan Perdana Menteri dalam kerajaan baru nanti. Sila baca penerangan dari saudara mhasnol yang telah bersama dengan Saudara Husam Musa sewaktu Husam Musa melawat Dubai bersama Anwar Ibrahim tempohari:

(Bermula):

"Tiada Deklarasi Dubai. Saya berkongsi fakta berkenaan lawatan (singgah sebentar sebenarnya dalam perjalanan ke destinasi lain) Dato' Husam.Kebetulan kini saya sedang bercuti (cuti tahunan) d Malaysia.Saya merupakan salah seorang penganjur Majlis pimpinan Pakatan Rakyat d Dubai. Seawal tibanya Dato' Husam, saya iringi beliau hampir keseluruhan sehari dia transit d Dubai.Dari tibanya d airport, kami sarapan sekali. Hantar ke hotel. Tengahari lunch bersama. Lewat petang ke majlis bersama rakyat Malaysia hinggalah hantar semula kehotel (kami dengan beberapa sahabat supper bersama - hingga awal pagi).Dato' Husam tiba awal sekali d majlis bersama rakyat Malaysia. Kemudian Tan Sri MB Selangor tiba. Kita memulakan majlis sekitar jam 8 malam. Tan Sri memulakan ceramah. D ikuti Dato' Husam.Semasa beliau berceramah, Dato' Seri Anwar tiba.Selesai acara, kami bersama makan beriyani yang d sediakan rakyat Malaysia d UAE. Dato' Seri Anwar meninggalkan majlis terlebih dahulu, d ikuti Tan Sri MB dan saya sendiri membawa Dato' Husam (selepas DS Anwar dan TS Khalid meninggalkan majlis).Awal paginya dah ke airport untuk connecting flight.Tiada masa untuk berbincang bagi mengolah apa yang d sebut blog antihusam sebagai Deklarasi Dubai!WaLlaahu a'lam."


Jelas, blog Anti Husam adalah blog penipu, yang mana saya syak blogger tersebut telah biasa menipu dalam hidup beliau. Jadi tak hairanlah bila si penipu buat blog, mestilah kandungannya juga tipu.

No comments

Powered by Blogger.