lagi suara suruh letak jawatan...tapi pak lah tetap sombong
Mubarak Berpandangan Berbeza Mengenai Peralihan Kuasa
KUALA LUMPUR, 17 Sept (Bernama) -- Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) hari ini melahirkan pandangan berbeza daripada keputusan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai peralihan kuasa yang dipersetujui kedua-dua mereka diadakan pada Jun 2010.
Mubarak, yang mengadakan mesyuarat khas Majlis Tertingginya hari ini sekali lagi berpendapat proses peralihan kuasa itu perlu diadakan dengan secepat mungkin, selewat-lewatnya sebelum Perhimpunan Agung Umno pada 16 Dis ini bagi mengelakkan pergolakan dalam parti.
Presidennya Tan Sri Abu Zahar Ujang berkata keputusan tersebut dicapai sebulat selepas mendengar pandangan dan rumusan 34 daripada 36 anggota Majlis Tertingginya. Dua lagi anggotanya tidak dapat hadir.
Abdullah dan Najib hari ini mengulangi komitmen mereka dengan tempoh peralihan kuasa seperti yang ditetapkan sebelum ini, dan untuk pemilihan Umno pada Disember ini kedua-dua mereka akan mempertahankan jawatan masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden parti.
Abu Zahar berkata peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui itu adalah satu persefahaman tetapi ia perlu dirujuk kepada perhimpunan agung Umno Disember ini.
"Pemimpin mestilah patuh dan hormati Perlembagaan parti Umno di mana semua hak ahli-ahli tidak boleh diketepikan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini hari ini.
-- BERNAMA
1 comment
Pak Lah patut letak jawatan 9 Mac 2008 yang lalu.
Kini Najib pun sudah patut letak jawatan sama.
Post a Comment