mamat bangang kena gantung..ISA macam mana pak lah?


(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Majlis Tertinggi (MT) Umno memutuskan untuk menggantung keahlian Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail (gambar) selama tiga tahun berkuat kuasa hari ini kerana mengeluarkan kenyataan berbau perkauman bulan lalu.

Pada masa yang sama, MT Umno mahu parti-parti komponen Barisan Nasional yang lain mengambil tindakan sedemikian pada masa depan.

Ia diputuskan dalam mesyuarat MT yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebentar tadi.

Malah, Abdullah yang juga Presiden Umno berkata, kerajaan akan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri jika perlu dan terdesak terhadap mana-mana pihak yang mencetuskan ketegangan kaum.

Semalam, pemimpin-pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) memutuskan mereka tidak boleh terima kenyataan Ahmad mengenai kaum Cina negara ini.

Semua semua pemimpin parti komponen telah memberikan pandangan masing-masing terhadap isu berkenaan dan mereka semua sebulat suara mahu Umno mengambil tindakan terhadap Ahmad.

Semalam BN mengambil pendirian bahawa oleh kerana Ahmad adalah pemimpin Umno, maka hanya Umno yang boleh mengambil tindakan terhadapnya mengikut prosedur sedia ada.

Ahmad telah mencetuskan polemik apabila didakwa mengeluarkan kenyataan pada satu ceramah di Permatang Pauh pada 23 Ogos lepas bahawa masyarakat Cina ialah pendatang di negara ini, dan adalah mustahil untuk mereka mendapat hak yang sama dengan kaum Bumiputera.

Kenyataan itu telah menimbulkan kemarahan pemimpin Gerakan dan MCA yang menuntut Ahmad meminta maaf secara terbuka tetapi Ahmad enggan berbuat demikian.

Terdahulu, sekumpulan 10 lelaki berkumpul di hadapan pintu masuk utama ke Menara
Datuk Onn hari ini dengan membawa kain rentang yang menunjukkan mesej menyokong Ahmad.

Mereka yang mengaku tidak mewakili Umno atau mana-mana Badan Bukan Kerajaan berkata mereka terpanggil untuk berbuat demikian sebagai menunjukkan sokongan kepada Ahmad yang menghadapi tindakan disiplin oleh Umno kerana dikatakan mengucapkan kata-kata perkauman ketika kempen pilihan raya kecil Kepala Batas baru-baru ini.

Antara ungkapan yang terdapat pada kain-kain rentang yang mereka bawa ialah "Theresa Kok Celupar, Biadap, Kurang Ajar. Umno Jangan Takut, MT Pertahankan Perjuangan Datuk Ahmad Ismail, Kami Sokong Datuk Ahmad Ismail dan MT Pertahan Maruah Datuk Ahmad Ismail.

Mereka berada di hadapan Menara Datuk Onn itu selama hampir 10 minit sebelum bersurai sebaik Presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sampai untuk mempengerusikan mesyuarat khas MT pada kira-kira jam 2.45petang.

No comments

Powered by Blogger.