MAMAT TEMPE KENA SAMAN...

Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood telah membuat satu laporan polis ke atas bekas Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo berikutan satu kenyataan mengenai isu petisyen azan di Puchong.
Iklan




Beliau membuat laporan itu di Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini dengan ditemani oleh Setiausaha Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Atihirah Al-Jundi.

Menurut Siti Mariah, laporan itu dibuat berikutan laporan media Utusan Malaysia 9 September 2008, yang menyebut bahawa Khir kononnya berkata wujud usaha daripada sebuah parti dalam komponen Pakatan Rakyat untuk melarang azan daripada berkumandang di masjid-masjid seluruh Selangor.

"Bahkan Khir Toyo juga secara ambil mudah memperakui bahawa kononnya wujud usaha pihak tertentu (penduduk Puchong) bagi menyediakan satu petisyen membantah azan daripada dikumandangkan di kawasan tersebut.

"Jelas ini semua adalah fitnah dan Khir bercakap tanpa sebarang fakta dan bukti yang dapat disandarkan kepada kenyataannya," ujar Siti Mariah yang juga AJK PAS Pusat.

Ujar beliau, PAS melihat kenyataan ini adalah sangat tidak bertanggungjawab dan berniat jahat terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.

Beliau turut mendakwa ia sebagai satu kenyataan provokatif terhadap umat Islam dan bangsa Melayu di negara ini.

"Saya menyeru rakyat agar bertenang dan jangan mudah mempercayai fitnah dan berbaur perkauman ini," katanya

No comments

Powered by Blogger.