terkini!! mungkin ada pilihan raya kecil
(Dikemas kini) PETALING JAYA: Mahkamah Tinggi Pilihan Raya Kota Kinabalu hari ini memutuskan bahawa kemenang kerusi Pensiangan yang dimenangi tanpa bertanding oleh calon BN, Tan Sri Joseph Kurup pada Februari lalu tidak sah.
Ia diumumkan sebentar tadi.
Ia merupakan antara kerusi Parlimen yang dimenangi tanpa bertanding oleh BN.
Keputusan tersebut dijangka akan membawa kepada pilihan raya kecil.
Bagaimanapun keputusan mahkamah itu boleh dirayu dan rayuan akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan dalam tempoh enam bulan.
Mahkamah Tinggi Pilihan Raya pada awalnya menetapkan 17 September ini untuk memberikan keputusannya mengenai petisyen pilihan raya kerusi tersebut.
Bagaimanapun hakim mahkamah tersebut ketika menetapkan tarikh itu ada menyatakan bahawa beliau akan memaklumkan jika keputusannya diumumkan lebih awal.
Petisyem didengar oleh Hakim Pilihan Raya, David Wong Dak Wah.
Kurup merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah.
Kurup merupakan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah menang pada hari penamaan calon 24 Februari lalu di Dewan Majlis Daerah Nabawan.
Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Danny Anthony Andipai, 41, bagi kerusi Pensiangan, mengemukakan petisyen itu dan menamakan Kurup yang juga Presiden PBRS sebagai responden pertama dan Bubudan sebagai responden kedua.
No comments
Post a Comment