mat..hang memang bangang


TIDAK... Aksi Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail ketika sidang media untuk menjelaskan pendiriannya tidak akan meminta maaf berhubung kenyataannya yang "orang Cina hanya menumpang" hari ini. Beliau menegaskan bahawa kenyataannya itu adalah pandangan peribadinya dan tiada kaitan dengan pucuk pimpinan parti.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan beliau "sangat tidak gembira" dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail hari ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan kenyataannya yang berbau perkauman berhubung masyarakat Cina di negara ini.

Dalam sidang akhbar ringkas pada majlis berbuka puasa di Wisma Putra di sini, Abdullah berkata kenyataan Ahmad itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

"Saya sangat tidak gembira dengan situasi ini, Saya akan mengambil tindakan tegas berhubung perkara ini. Semestinya," katanya.

Abdullah berkata demikian kepada pemberita selepas diminta mengulas kenyataan Ahmad pada sidang akhbar di bangunan Umno Pulau Pinang hari ini yang menyalahkan Gerakan dan tetap mempertahankan pendiriannya berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman bahawa masyarakat Cina merupakan pendatang di negara ini.

Ahmad didakwa mengeluarkan kenyataan itu ketika berceramah pada kempen pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh baru-baru ini.

Perdana Menteri berkata tindakan yang sewajarnya ke atas Ahmad akan diputuskan selepas beliau dan Timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak bersemuka dengan Ahmad esok bagi mendapatkan penjelasan daripadanya.

"Kami akan minta beliau (Ahmad) menjelaskan mengapa keadaan sedemikian berlaku dan tindakan akan diputuskan (selepas itu)," katanya.

Sementara itu Abdullah enggan mengulas kenyataan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam blognya bahawa peristiwa 13 Mei akan kembali berulang sekiranya peralihan kuasa pucuk pimpinan negara tidak dilakukan dengan segera.

"Tak payahlah cerita pasal blog hari ini," tegasnya. BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.