Mengapa Husam Musa Diserang Sekarang Ini


Pertama sekali, saya ingin mengucakan Selamat Berpuasa dan Ramadhan Kareem kepada semua umat Islam kerana menjalani ibadah puasa.

Saya mengambil peluang menulis kerana saya lihat Malaysiakini versi Bahasa Melayu ada mengambil berita dari sebuah blog bertajuk "anti husam". Blog ini jelas kendalian orang-orang yang berada di dalam keluarga PAS sendiri.

Di sini eloklah saya menerangkan kenapa Husam Musa tidak disenangi oleh setengah-setengah pihak di dalam PAS. Sebab utamanya adalah kerana segala tindak tanduk Husam Musa merugikan UMNO Kelantan dan UMNO Pusat. Izinkan saya memberi penerangan.


Secara mudahnya, ada dua golongan yang membenci Husam Musa sekarang ini: a. Fraksi UMNO di dalam PAS b. Agen2 UMNO di dalam PAS.

Kalau kita lihat track record Husam Musa, beliau adalah antara tokoh dalam PAS yang amat disenangi oleh rakyat Malaysia. Semenjak menjadi Ahli Parlimen lagi bintang beliau bersinar. Kalau dibanding dengan Ustaz Nasaruddin di Parlimen, mcm langit dengan bumi.

Sewaktu beliau turun ke peringkat negeri Kelantan, beliau telah melakukan beberapa program besar yang berjaya menyelamatkan kerajaan negeri Kelantan dari jatuh ke tangan UMNO.

Antara kerja beliau adalah melaksanakan program Takaful KAafalah. Program ini dilancar hasil dari kajian yang beliau lakukan yang menunjukkan bahawa sokongan kuat kepada UMNO terletak di kalangan pengundi 50 tahun ke atas.

Maka program tersebut dilancarkan dan berjaya melemahkan tahap sokongan UMNO menjadikan UMNO hampir tertendang dari Kelantan 2008. Harus diingat, dlm semua negeri, PAS telah kalah undi Melayu. Selain dari Kelantan, hanya Kedah sahaja yang mampu meraih undi 50% undi Melayu. NEgeri lain baik Terengganu (45%), Selangor (40%-45%), Perak (40%), Perlis (40-45%), Melaka (35-40%), Johor (40%), Pahang (40-45%), Penang (40-45%), semuanya tidak boleh sampai ke garisan undi Melayu 50%.

Hanya Kelantan yang mampu meraih tahap undi yang begitu tinggi (60%). Alhamdulillah, hasil usaha dari PAS Kelantan dan termasuk juga usaha dan idea dari Husam Musa. Saya tak kata pula tokoh PAS Kelantan yang lain tidak berjasa.

Itu saya tak sebut bagaimana Husam berjaya menyelematkan Kerajaan Kelantan sewaktu hampir2 hendak runtuh sewaktu lepas PRU 2004. Beliau berjaya membuat perjanjian supaya UMNO Pusat tidak meneruskan usaha mereka di dalam merampas beberapa kerusi DUN melalui mahkamah.

Mengapa Husam Dimusuhi Sekarang Ini

Jelas dari kenyataan di atas, Husam Musa amat merugikan UMNO. Sewaktu isu muzakarah hebat diperbincangkan, Husam Musa dituduh hebat sebagai penghasut kepada Tok Guru Nik Aziz yang menyebabkan Tok Guru menentang usaha bermuzakarah tersebut.

Malahan seperti yang tertulis dlam blog Anti Husam yang saya nukilakan dibawah:


"Husam Melanggar Keputusan Syura
Saya masih teringat beberapa bulan yang lalu selepas PRU12, Husam dengan bongkaknya mengeluarkan kenyataan "Sesiapa dikalangan ahli PAS yang berunding dengan UMNO akan dipecat keahliannya".


Cumanya apa yang tidak dinyatakan oleh blog Anti Husam adalah surat dari Mursyidul Am melarang segala tindakan bermuzakarah dengan UMNO yang sedang berjalan masa itu. Ertinya tindakan Husam itu adalah selaras dengan kehendak Syura.

Husam Musa Mampu Menaikkan Nama Islam

Husam Musa kepada ahli PAS adalah sebagaimana Anwar Ibrahim kepada rakyat Malaysia. Beliau mampu membawa PAS ke tahap yang baru dan mampu mengharumkan nama ISlam ke tahap yang lebih tinggi.

Beliau mampu membuktikan Islam sebagai agama yang mampu mentadbir dan mampu menunjukkan sinar Islam yang sebenar.

Atas sebab itulah beliau sekarang ini difitnah dan dinista kiri dan kanan kerana UMNO amat khuatir sekiranya beliau naik lebih tinggi dalam hiraki PAS, nescaya PAS akan diterima oleh lebih ramai rakyat Malaysia tidak kira kaum dan bangsa. Dari bahasa politik, Husam akan lebih diterima oleh pengundi atas pagar yang biasanya menentukan kemenangan mana-mana parti.

Tapi suka saya ingatkan, bahawa artikel ini tidak bermakna Husam Musa itu maksum dan tidak boleh ditegur. Di dalam Islam, yang maksum hanya Nabi SAW. Tetapi itu tidak juga bermakna mereka yang sekarang aktif memfitnah Husam Musa juga maksum.

SIla rujuk jawapan YB Khalid Samad terhadap tuduhan fitnah blog anti-husam baru baru ini.

Akhir kata, marilah kita semua menilai seseorang pemimpin itu dari track record dan apa yang mereka telah capai. Bukan hanya sekadar retorika kosong dan cakap-cakap atas angin sahaja.

Ini supaya kita tidak mudah diperdaya oleh musuh yang sentiasa mahu melemahkan kita.

http://www.malaysiawaves.com/2008/09/mengapa-husam-musa-diserang-sekarang.html

No comments

Powered by Blogger.