minyak naik..jangan ikut emosi kata pak bodohlah
Jangan Ikut Emosi, Kata Abdullah
KEPALA BATAS, 16 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak bertindak mengikut emosi ekoran pelbagai isu yang disiarkan oleh media massa sejak kebelakangan ini.
Perdana Menteri juga menasihatkan rakyat supaya tidak mudah keliru dengan pelbagai isu yang dilaporkan itu.
"Jaga diri. Jangan mudah terkeliru, tergempar, terkejut dan jangan mudah ikut perasaan dan emosi," katanya ketika berucap pada majlis berbuka puasa dan Nuzul Quran di Masjid Al-Jamiul Badawi di sini.
Katanya semua pihak perlu berfikir dengan sebaiknya sebelum bertindak melakukan sesuatu.
Menyentuh perkara lain, Abdullah turut mengingatkan umat Islam supaya bersederhana ketika berbelanja dalam bulan Ramadan ini.
"Jangan membazir, biarlah kita bersederhana... mudah-mudahan dengan bersederhana kita akan lebih senang," katanya.
Sempena sambutan Nuzul Quran itu, Abdullah juga mahu umat Islam menjadikan Al-Quran sebagai pedoman dan inspirasi dalam kehidupan mereka.
Turut hadir pada majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas.
-- BERNAMA
minyak turun hang buta ka?
hang xda telinga?
hang pekak?
bengong
1 comment
minyak turun hang buta ka?
hang xda telinga?
hang pekak?
bengong
Aku Tertidok.
Post a Comment