Musa Hassan beransur pulih

KUALA LUMPUR: Keadaan kesihatan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan beransur pulih dan beliau sedang bercuti bagi mendapatkan rawatan susulan selepas dibenarkan keluar daripada Institut Jantung Negara (IJN), 25 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi semalam berkata, laporan sebuah akhbar terbitan parti politik yang mendakwa Musa lumpuh adalah mengarut dan tidak tepat.

“Itu adalah karut dan tidak benar sama sekali. Tan Sri Musa sihat dan kini mendapat rawatan susulan di rumah.

“Beliau hanya akan kembali bertugas sebaik keadaan kesihatan mengizinkan. Buat masa sekarang beliau berehat di rumah,” katanya.

HANGPA FAHAM-FAHAM LA MAKSUD DIA......TEPUK DADA...FIKIR ELOK-ELOK...

No comments

Powered by Blogger.