PAK LAH...JANGAN BUAT-BUAT TERKEJUT!
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyuarakan rasa terkejutnya dengan gesaan Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddn Yassin supaya beliau menyerahkan kuasa lebih awal daripada 2010.
Beliau kelihatan tidak gembira ketika wartawan bertanya kepadanya mengenai gesaan Muhyiddin itu.
Perdana menteri berkata, pelan peralihan kuasa itu dipersetujui oleh kabinet.
Oleh itu, katanya, kenyataan tersebut lebih merupakan pandangan peribadi Muhyiddin sendiri.
Di bawah pelan tersebut, Abdullah akan menyerahkan jawatan perdana menteri, pengerusi Barisan Nasional (BN) dan presiden Umno kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jun 2010.
Semalam, Muhyiddin berkata Abdullah patut memikirkan semula pelan peralihan kuasanya untuk mengundurkan diri menjelang 2010 kerana tempoh masa itu terlalu lama.
Menurutnya, peralihan kuasa yang lebih awal akan memberi masa kepada Barisan Nasional membuat persediaan bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang.

No comments
Post a Comment