pandangan pak khalid
Akta Kejam ISA
Apa yang dikhuatiri telah berlaku. RPK, Teresa Kok dan wartawan Sin Chew, Ms Tan Hoon Cheng telah ditahan di bawah Akta kejam ISA. Alhamdulillah, Ms Tan telah dibebaskan semalam dan sekarang yang tinggal RPK dan Teresa Kok.Kedua-dua tahanan ini boleh dihadapkan ke mahkamah atas apa jua tuduhan yang ingin dilemparkan terhadap mereka tetapi oleh kerana BN tahu semuanya palsu belaka maka ISA ( undang2 Ikut Suka Aku) digunakan. Penggunaan ISA memenuhi tiga matlamat.
1. Tahanan secara segera.
2. Tidak perlu membawa ke mahkamah untuk dibuktikan apa2 tuduhan terhadap yang ditahan.
3. Menggerunkan pihak yang lain yang belum lagi ditahan. Dalam arti kata lain, nak tunjuk kuasa.
RPK ditahan untuk memberi amaran kepada semua bloggers bahawa “Aku boleh tahan kamu bila2 masa atas apa2 alasan sekali pun. Maka jaga kamu!”. Sepatutnya RPK dicas atas tuduhan menghasut atau apa sahaja dan dibawa ke mahkamah dan dibicarakan. Lainlah kalau RPK mengangkat senjata dan hendak menjatuhkan kerajaan secara kekerasan.
Kes Teresa Kok lagi aneh. Beliau dituduh menimbulkan isu sensitive. Ahmad Ismail itu apa macam?? Jelas dan nyata tetapi tiada tindakan. Nampak gaya bawah UMNO ini rakyat boleh caci India dan boleh caci Cina, itu tidak sensitive. Tetapi kalau dituduh (baru dituduh ya) menyentuh soal azan, anda boleh di ISA kan. Sila rujuk posting saya sebelum ini berkenaan Rahsia Azan. Adakah ini konsep keadilan yang diperjuangkan oleh UMNO dan penyokong2nya? Masih ada ke ahli PAS nak sekongkol dengan puak2 ini?
Yang menjadikan kes Teresa ini lebih aneh ialah kerana dia sudah berkali-kali menafikan tuduhan2 liar terhadap beliau. Orang PAS pun, minta maaf lah - janganlah terlalu cepat masuk perangkap UMNO. Ini duk sua leher berkali-kali apa hal? Saya khuatir mereka yang memanjangkan fitnah UMNO terhadap Teresa ini akan dapat saham juga dalam kekejaman ini. Jangan kita ingat oleh kerana dia bukan Islam kita akan terlepas sekiranya kita menginaiya dia.
Saya sepertimana pimpinan PAS lain mengutuk sekeras2nya penangkapan di bawah ISA ini dan menuntut supaya kerajaan BN membebaskan mereka dengan kadar yang segera. Saya dimaklumkan ada lagi yang akan ditahan, dikatakan 3 fasa. Kita bersama doakan agar rakyat Malaysia diselamatkan dari akta yg kejam ini!
Terdesak sungguh UMNO. Adakah mereka menganggap tindakan ini akan menyelamatkan mereka? Dulu zaman operasi lalang suasana lain. Masa itu rakyat sangka mereka baik dan kami (pihak pembangkang) yang jahat. Sekarang sudah sebaliknya.
1 comment
HAPUSKAN ISA, HAPUSKAN ISA, HAPUSKAN ISA, MANSUHKAN ISA, MANSUHKAN ISA, TUTUP KEM KEMUNTING, TUTUP KEM KEMUNTING, BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA, BEBASKAN SEMUA TAHANAN ISA, TEGAKKAN KEBENARAN, TEGAKKAN KEADILAN, TEGAKKAN KEBAJIKAN, TEGAKKAN DEMOKRASI, SELAMATKAN NEGARA, REFORMASI! REFORMASI! REFORMASI! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!
Post a Comment