GEMPAR!!Pemimpin Umno, MCA dan PPP Negeri Sembilan akan umum keluar parti hari ini - Badrul

Sidang Media bersama Pemimpin MCA, PPP dan MIC N.S
umum masuk keADILan
11 September 2008, 10 Pagi
Pejabat keADILan NS, Jalan Rahang-Tampin,
Seremban, N.Sembilan



KUALA LUMPUR, 11 Sept - Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin memaklumkan kepada Harakahdaily, hari ini beberapa pemimpin Umno, MCA dan PPP di Negeri Sembilan akan mengumumkan keluar parti.
Iklan




Badrul Hisham mendakwa, pengumuman itu akan dibuat dalam satu sidang media di Pejabat Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri Sembilan di Rahang pada jam 10.00 pagi ini.

Dalam sms ringkasnya kepada Harakahdaily beliau bagaimanapun tidak memaklumkan nama-nama pemimpin yang akan mengumumkan keluar parti.

Kata Badrul Hisham, sehubungan dengan pengumuman keluar parti itu, mereka akan mengumumkan penyertaan mereka ke dalam KeADILan.

Sidang Media ini dijangka akan mendapat liputan besar di kalangan wartawan media di negeri tersebut memandangkan semalam Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohammad Hassan dalam satu laporan Sinar Harian menyebut bahawa tidak akan berlaku anggota BN menyertai Pakatan Rakyat.

Mohammad juga mendakwa perkara itu sebagai mustahil akan berlaku memandangkan Umno di negeri tersebut cukup kuat._

No comments

Powered by Blogger.