Pesawat tempur dan logistik TUDM turut ke Teluk Aden

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Beberapa pesawat tempur dan logistik milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah digerakkan ke Teluk Aden, Somalia bagi membantu operasi melindungi lima kapal MISC Bhd. yang belayar melalui perairan itu.

Panglima Operasi Udara TUDM, Leftenan Jeneral Datuk Rodzali Daud mengesahkan perkara itu, namun beliau enggan mendedahkan bilangan dan jenis aset yang terlibat, serta masa dan tarikh pesawat-pesawat tersebut tiba ke sana.

``Ya, memang aset-aset kita (TUDM) telah bergerak ke sana (Teluk Aden).

``Sudah tentu apabila pesawat tempur beroperasi, ia akan disokong oleh pesawat-pesawat logistik lain,'' katanya pada sidang akhbar selepas menyaksikan Perbarisan Serah Terima Tugas Panglima Markas No. 1 Divisyen Udara TUDM di sini hari ini. - Utusan

OIT...HANGPA NAK P BERPERANG ATAU NAK P LEPAS TEBUSAN? AWAT HANG P HANTO ANGKATAN MACAM NAK BERPERANG!

No comments

Powered by Blogger.