PM: Anwar kini ancaman ekonomi, keselamatan negara
PM: Anwar kini ancaman ekonomi, keselamatan negara
PUTRAJAYA: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.
Perdana Menteri berkata, tindak-tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.
“Ekoran tindak-tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya pada sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.
Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata, kerajaan akan melakukan apa yang perlu.
Abdullah berkata, Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing. Sebaliknya, Abdullah berkata, FDI sebenarnya masih mengalir ke dalam negara ini, malah Malaysia merupakan antara negara yang diminati oleh pelabur.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelaburan, dan yang turut hadir pada sidang akhbar itu, mencelah dengan berkata, kadar pelaburan tahun ini mungkin lebih tinggi dari tahun lepas.
Mengenai kedudukan daya saing negara pula, Abdullah berkata, Malaysia mencatatkan kedudukan lebih baik dari tangga ke-23 kepada tangga ke-19 sekarang.
“Anwar mahu melingkupkan negara dan mengekploitasi kepercayaan orang dan memperlecehkan negara di luar negeri,” kata Perdana Menteri.
Najib juga berkata, permainan politik Anwar boleh memberi kesan kepada ekonomi negara. Najib meminta orang ramai agar tidak menjadi mangsa kepada mainan politik Anwar itu.
“Liputan media juga janganlah terperangkap dengan mainan politik itu kerana ia boleh memberi kesan psikologi,” katanya.
Beliau juga berkata, mainan politik itu hendaklah dihentikan dengan segera.
Abdullah juga mengulangi kenyataannya enggan berjumpa dengan Anwar walaupun diminta oleh Anwar kerana bimbang kenyataannya akan diputarbelitkan oleh Anwar.
Abdullah menafikan terdapat surat peralihan kuasa yang dihantar oleh Anwar kepadanya.
“Tidak ada langsung, bayang pun tidak ada,” katanya.
Abdullah menjelaskan surat yang dihantar oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepadanya kelmarin hanya menyentuh soal keselamatana negara, masalah moral dan politik negara.
“Yang kait dengan peralihan kuasa tidak ada. Jadi dia bohong rakyat dan ini untuk mengelirukan rakyat,” katanya.
woi bodohlah....hang memang celaka la...tangkap orang suka hati....hang takda agama ke?
bengong la hang ni dolah
No comments
Post a Comment