PM Semakin Tertekan…. Najib Juga Bakal Tersingkir…

Dan yang terbaru Ali Rustam, Syed Hamid, Rafidah serta Hishamuddin juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama dengan "bakal bos" mereka, Najib

Dan yang terbaru Ali Rustam, Syed Hamid, Rafidah serta Hishamuddin juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama dengan "bakal bos" mereka, Najib.Hanya beberapa kerat sahaja yang nampaknya membela Pak Lah

PM Semakin Tertekan…. Najib juga bakal tersingkir…

Tengku Razaleigh sejak dari awal lagi meminta Pak Lah letak jawatan. Diikuti dengan Rais Yatim dan Muhyiddin Yassin. Najib yang selama ini membela bosnya juga sudah mula senada dengan Muhyiddin.

Dan yang terbaru Ali Rustam, Syed Hamid, Rafidah serta Hishamuddin juga telah mengeluarkan kenyataan yang sama dengan “bakal bos” mereka, Najib (rujuk Utusan Malaysia Online, 13/09/08).

Hanya beberapa kerat sahaja yang nampaknya membela Pak Lah. Antaranya termasuklah Zaid Ibrahim (yang terhutang budi dengan Pak Lah kerana dilantik sebagai menteri), MB Negeri Sembilan (sudah tentu dipengaruhi oleh MP Rembau..) dan Exco Pemuda Idris Haron (ni pun juak MP Rembau)

Perkembangan ini sebenarnya merupakan satu berita gembira untuk seluruh rakyat Malaysia tak kira penyokong BN atau PR. Pnyokong BN gembira kerana majoritinya juga tidak menyukai kepimpinan Pak Lah. Mereka mahukan seseorang yang lebih berkaliber dari Pak Lah tanpa mengambil peduli pantun Mufti Indera Kayangan bahawa pencuri bakal digantikan dengan perompak.

Penyokong PR juga tidak kurang gembiranya kerana mereka sejak sedari dulu mahukan Pak Lah letak jawatan. Cumanya sekarang ini mereka ternanti-nanti bagaimanakah sikap PM baru terhadap PR. Mungkinkah PM baru ini akan lebih bersikap diplomatik terhadap PR?

Walaubagaimana pun Pak Lah sudah semestinya tidak akan berundur dengan begitu mudah tanpa melawan. MP Rembau akan dilantik sebagai laksamana Pak Lah untuk mempertahankan dirinya. Saiful Bukhari yang dulunya mengaku menjadi ‘kekasih’ Anwar mungkin bakal menjadi rebutan antara Pak Lah dan Najib pula.

Pak Lah perlukan Saiful untuk kenakan Najib. Sekiranya Saiful mengaku bahawa dia telah berkonspirasi dengan Najib untuk jatuhkan Anwar, sudah pasti harapan Najib untuk jadi PM semakin tipis. Pengaruh Tun Dr M yang merupakan pengarah kepada kes liwat Anwar juga mungkin dapat dikurangkan kerana beliau antara orang yang paling kuat mengatakan bahawa Anwar terlibat dalam kes LIWAT 2.

Bukankah Pak Lah juga yang telah membebaskan Anwar dari penjara dan membuatkan Tun Dr M terkinja-kinja. Ekoran dari itulah maka Tun Dr M mula menyerang Pak Lah secara terbuka. Tidak mustahil kes TIDAK LIWAT 2 juga bakal berulang dan sekali lagi Pak Lah menjadi ‘penyelamat’ Anwar dan dalam masa yang sama membuatkan Tun Dr M semakin tak keruan.

Tidak mustahil selepas ini timbul pula isu Muzakarah UMNO-PKR kerana Pak Lah dan Anwar berhadapan dengan musuh yang sama - Tun Dr M dan Najib. Gerakan, MCA dan MIC kemungkinan akan lebih cenderung kepada Pak Lah apabila dia bermuzakarah dengan Anwar yang menentang politik perkauman. Sebagai selingan, sekiranya berlaku muzakarah Pak Lah-Anwar, mana Ezam nak sorokkan mukanya?

Najib dan teamnya pula akan berusahah mempertahankan Saiful agar tidak jatuh ke tangan Pak Lah agar tembelangnya tidak pecah. Saiful kini betul-betul dimakan sumpah. Gajah sama gajah bergasak, pelanduk mati ditengah-tengah.

Mungkinkah selepas 16 Sept ini Najib, Ku Li, Muhyiddin, Rais, Hishamuddin, Rafidah, Syed Hamid, Ali Rustam serta juak juak yang sekepala dengan mereka bakal disingkirkan….

Mungkinkah selepas 16 Sept ini Malaysia bakal di perintah oleh kerajaan campuran BN Restructured-PR.

No comments

Powered by Blogger.