Sasaran 16 Sept.: Najib nafi anggota BN-BBC cuti luar negara berkait pelan Pakatan

(Mutakhir) KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebentar tadi menafikan lawatan ke luar untuk anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) minggu depan bukan bertujuan 'menghalang' Pakatan Rakyat daripada mencapai sasaran tubuh kerajaan 16 September.

Sebaliknya Najib yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata, ia merupakan lawatan sambil belajar bagi anggota kelab berkenaan dan telah diluluskan oleh beliau sendiri.

"Saya akan luluskan lawatan itu selagi ia konstruktif," kata beliau selepas melancarkan Rakan Cop PLKN di sini hari ini.

Najib, Menteri Pertahanan memberitahu, lawatan tersebut merupakan peluang terbaik untuk anggota-anggota BN-BBC menerokai aspek-aspek yang baru.

"Destinasi lawatan tersebut belum ditetapkan tetapi terpulang kepada anggota BN-BBC untuk menentukannya," kata beliau lagi.

Sehubungan itu, tambah beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum Pakatan dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) boleh mengatakan apa sahaja mengenai pelan membentuk kerajaan, tetapi yang sebaliknya akan berlaku.

Di sebalik pendirian sedemikian wujud desas-desus ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) akan mula 'bercuti' di luar negara mulai Isnin ini sehingga minggu ketiga September - tempoh yang dianggap sebagai kritikal menjelang pembentukan kerajaan baru.

Ahli-ahli Parlimen terbabit khususnya anggota Kelab Penyokong-penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BN-BBC) telah diminta menyerahkan pasport mereka untuk urusan rasmi susulan.

Bagaimanapun Pengerusi dan Timbalan Pengerusi BN-BBC menafikan cuti itu - yang dikenali sebgaai lawatan sambil belajar ke luar negara - ada kaitan dengan sasaran Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan pada 16 September ini.

Ketika ditanya sama ada Anwar boleh menjadi Perdana Menteri pada 16 September ini, Najib berkata: "Tiada komen."

HAHA....NAMPAK SANGAT DEPA DAH KECUT T""""......NAMPAK SANGAT HANG GELABAH!

No comments

Powered by Blogger.