Sebab-sebab SAPP Tinggalkan BN.


aMSTAR melaporkan Parti Maju Sabah (Sapp) yang menggerakkan usul undi tidak percaya kepimpinan Perdana Menteri empat bulan lalu hari ini memutuskan untuk keluar Barisan Nasional.

Perkara itu diumumkan di Kota Kinabalu, Sabah sebentar tadi.

Dengan pendirian itu, Sapp akan bertindak sebagai parti 'bebas' di dewan perundangan.

Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tertinggi Sapp hari ini.

Ekoran keputusan itu, Timbalan Presiden Sapp, Datuk Raymond Tan berkata, beliau akan melepaskan jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam tempoh 24 jam.

Kata Tan, beliau belum memutuskan sama ada meninggalkan Sapp ataupun sebaliknya.

Tan merupakan antara pemimpin dalam Sapp yang tidak bersetuju dengan usul tidak percaya kepimpinan Abdullah yang dibawa parti itu.

Presiden Sapp, Datuk Yong Teck Lee pada Jun lepas berkata parti itu telah hilang keyakinan terhadap Abdullah dan dua anggota Parlimennya - Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan Datuk Dr. Chua Soon Bui (Tawau) - akan menyokong sebarang usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

Keadaan itu menyebabkan Majlis Tertinggi BN mengeluarkan surat tunjuk sebab yang telah dijawab oleh Sapp, tetapi BN masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
Di dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh parti berkenaan melalui lamanwebnya, SAPP menyatakan bahawa

BN telah hilang "semangat BN". Ia bukan disebabkan rakyat menolaknya tetapi BN sendiri yang tidak memperdulikan rakyat. Sekalipun telah diberitahu berulangkali supaya BN lebih sensitif kepada kehendak rakyat namun pemimipin-pemimpin ini terus-menerus mengugut dengan pelbagai cara. Mungkin setelah 50 tahun memerintah tanpa gangguan telah mengakibatkan wujudnya sebilangan pemimpin BN yang merasakan diri mereka adalah dewa.

Kenyataan itu menambah pilihanraya 8 Mac lalu tidak pernah diambil iktibar oleh BN. Kenaikan harga minyak pada 4 Jun dan kegagalan mengatasi inflasi disamping kelembapan ekonomi telah benar-benar mencerut rakyat.

Penggunaan ISA keatas wartawan, seorang MP dan blogger hanya mengesahkan kepimpinan BN tidak pernah belajar dari kesilapan mereka. Pelancongan ke Taiwan oleh 49 MP BN dan penyemarakan isu perkauman hanya merendahkan keyakinan orangramai dan rakyat terhadap bukan sahaja kepada PM malah kepada BN juga. Belanjawan 2009 yang dibentangkan oleh PM lansung tidak ada yang mengghairahkan dan telah diperrendahkan sebelum ianya di bahaskan di parlimen lagi. BN telah hilang kuasa moral untuk memerintah. Bilangan majoriti yan tipis di Parlimen bererti rakyat tidak lagi menghormati anda.

Perletakan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim mengesahkan ramai peguam telah tahu bahawa PM dan kerajaan tidak berhasrat lansung untuk memperbaiki institusi kehakiman. Perdana Menteri sendiri seolah-olah seorangyang kebingungan, tak tahu apa yang berlaku disekelilingnya.

Semenjak pengumuman untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada PM pada 18 Jun lalu, SAPP dinafikan untuk hadir dari empat mesyuarat jawatankuasa tertinggi dan dua mesyuarat jawatankuasa pengurusan, BN tela scara efektif menamatkan keanggotaan SAPP. Justeru itu Mjlis Tertinggi SAPP dengan ini mengumumkan SAPP bukan lagi sebuah parti di dalam Barisan Nasonal.

No comments

Powered by Blogger.