semua tak setuju dengan botak!
Menteri Penerangan minta polis jelaskan
Shabery: Polis mesti perjelas penahanan wartawan Sep 14, 08 3:46pm Polis harus memberi penjelasan mengenai rasional penahanan wartawan Sin Chew Daily, Tan Hoon Cheng, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kelmarin, kata Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery. Beliau dipetik Bernama sebagai berkata, adalah lebih baik sekiranya polis dapat memberi penjelasan mengenai penahanan Tan itu, dan bukannya ahli politik yang memberikan pelbagai ulasan mengenainya. "Adalah lebih baik dan sesuai sekiranya polis dapat memberi penjelasan (mengenai perkara itu)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Tanglung di ibu negara malam tadi.
Menteri – sanggup letak jawatan bantah ISA
Menteri di Jabatan Perdana, Datuk Zaid Ibrahim yang menjaga hal-ehwal perundangan, sanggup meletak jawatan jika kerajaan terus menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang disifatkannya sebagai 'tidak adil'.
Ahli politik BN yang lantang bersuara itu juga mendesak supaya ahli parlimen DAP, Teresa Kok dan blogger Raja Petra Kamaruddin yang ditahan di bawah ISA dibebaskan segera.
Sumber : www.malaysiakini.com
MCA – penjelasan Syed Hamid tidak boleh di terima
PETALING JAYA: MCA vice-president Datuk Seri Dr Fong Chan Onn has criticised Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar’s explanation for the detention of Sin Chew Daily reporter Tan Hoon Cheng. He said Syed Hamid’s explanation that Tan was arrested under the Internal Security Act (ISA) because her life was under threat was “totally unacceptable.” “It was a feeble attempt to justify the use of the ISA on Tan. “By doing so, the police have caused added emotional distress and mental agony to Tan and her family,” Dr Fong wrote in his blog. He also said Syed Hamid’s claim that the detention was done without his knowledge was inconsistent with his explanation.
Petikan The Star
PPP – ISA undang –undang kejam
Kayveas turut menolak penggunaan ISA untuk tujuan ini. Ini adalah undang-undang kejam dan kita sepatutnya memandang ke hadapan dan bukan ke belakang. ISA tidak sepatutnya digunakan untuk tujuan sedemikian.
SYED HAMID ALBAR, 13hb Sept 2008 - Tan Hoon Cheng wartawan Sin Chew Daily News di tahan di bawah ISA mengikut senario secara keseluruhan adalah untuk keselamatan dirinya dan untuk disoal siasat. Tan di bebaskan dari ISA selepas 18 jam di tahan. Mungkin ini adalah sikap profesionalisme yang dikatakan oleh Menteri Dalam Negeri tersebut. Menteri itu turut mengulas bahawa beliau tidak tahu mengenai tangkapan di bawah ISA dan sama ada terdapat lagi tangkapan yang akan dibuat. Ini adalah tindakan polis untuk menjaga “public order”.
Jelas Syed Hamid kelihatan terpaksa menepis persoalan-persoalan yang di kemukakan khusus mengenai penangkapan Tan Hoon Cheng. Rasionalnya tangkapan Tan hanya polis yang tahu kerana rata-rata yang memberi komen mengenai penangkapan Tan tidak jelas logik penangkapan berbanding dengan justifikasi untuk mengambil tindakan terhadap Ahmad Ismail.
No comments
Post a Comment