Siapa bohong antara PM dan DSAI

a
Saya ingin memberi pandangan kepada kerajaan BN diatas perkara-pekara di bawah sebagai tanggongjawag saya terhadap kerajaan BN. Banyak kenyataan dan tindakan yang dibuat pehak kerajaan agak sukar diterima akal saya yang kedil ini. Jadi dapat kiranya pehak Kerajaan BN menbuang sikit masa yang berharga itu untuk menberi perhatian kepada persoalan yang saya kemukakan ini agar dapat menghilangkan kegawatan yang sedang menghantui negara ketika ini.

Kerajaan BN ditubuhkan selepas menang mojoriti mudah.Ini jelas kerana undang-undang menetapkan bagitu , sebarang pertikaian tidak dapat mengubah keadaan dan sia-sia bagitulah amalan yang diamal di Malaysia.

Persoalan sekarang pehak PR menyatakan mereka mempunyai mojoriti lebih dari BN kerana terdapat anggota BN menyertai mereka.Masalah ini perlu diberi pertimbangan oleh pehak BN kerana pekara seperti ini pernah berlaku pada tahun 1959 di Teranganu di mana kerajaan PAS tumbang bila anggotanya menyokong undi tidak percaya terhadap kerajaan yang sah ketika itu.

Kita tidak boleh percaya bulat-bulat kenyataan PR juga tidak boleh menapikan bulat-bulat kerana perkara seperti ini biasa berlaku dan telah menjadi sejarah Malaysia seperti saya sebut di atas.

Dalam hal ini pehak BN mesti menerima permohonan DSAI untuk bertemu atau adakan persidangan dewan tergempar untuk menentukan siapakah yang benar dalam masalah yang sedang dihadapi.Menolak tanpa menunaikan tuntutan satu atau kedua-dua perkara tersebut akan memberi saham mudah kepada DSAI untuk berada dipehak yang benar.

Segala pandangan dan gesaan supaya tuntutan PR tidak dilayan adalah merupakan tindakan dan amalan yang menyalahi kehendak rakyat.Jangan salah rakyat jika berlaku tindak balas seperti dalam PRU 12 kerana signal telah dihantar. Kegagalan kerajaan memenuhi kehendak rakyat burok akibatnya.Jauhilah sifat mementing diri kerana sifat inilah yang akan membawah kesan dan padah kepada BN.

Akhirnya saya berharap pehak BN akan meneliti pandangan saya demi masa depan yang aman damai.

No comments

Powered by Blogger.