SMS Pra 916
“Semua orang ada cara sendiri membuat countdown ke 16 Sept, hari di mana Anwar Ibrahim dikatakan akan menjatuhkan kerajaan pimpinhan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi.” menurut Rocky Bru
SMS berikut adalah sebahagian daripada ‘demam’ tarikh itu. SMS ini antara lain memberikan informasi tentang MP BN yang dikatakan akan melompat. Taburan kaum yang tak serata dalam jumlah MP BN yang akn melompat tersebut menjadi semacam duri dalam daging bagi kerajaan baru Malaysia nanti. Sms yang diterima oleh Bru selepas berbuka semalam berbunyi:
Sebarkan: BN: 140 Kerusi (MP Islam - 89 kerusi; MP bukan Islam - 51) Pakatan: 82 kerusi (MP Islam - 43 kerusi; MP bukan Islam - 39) Katalah jadi 30 yg lompat, semua bukan Islam, maka kerusi Pakatan 43 MP Islam & 69 MP bukan Islam..jika 30 yg lompat, 5 Islam 25 bukan, maka Pakatan jadi 48 MP Islam & 64 bukan Islam..jika inilah yg Anwar kehendaki, maka dia akan memusnah Islam & Melayu di M’sia..kita berdoa agar ia hanya impian kosong & Allah lindungi BN.
No comments
Post a Comment