TAJUK UTUSAN RAKYAT HARI INI

Umno-BN gelisah dan panik!

KUALA LUMPUR,10 Sept (Hrkh) - Kegelisahan Umno-BN berhadapan dengan pelan 16 September yang dikelolai Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar serta Pakatan Rakyat kian memuncak.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw berkata parti pemerintah itu terus tertekan dengan masalah dalaman apabila timbul desas-desus menyatakan bahawa sebilangan besar ahli-ahli parlimen BN dilamar menyertai Pakatan Rakyat.

“Terdapat beberapa tanda yang kita lihat menunjukkan mereka (Umno-BN) panik selepas Anwar lancarkan pelan 16 September,” katanya kepada Harakahdaily baru-baru ini.

Ujarnya, ia begitu ketara selepas pembentangan belanjawan 2009 oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

“Mereka memberikan peruntukan sebesar RM3.3 bilion kepada Sarawak dan menyalurkan tambahan RM1 bilion kepada Sabah selain mengajak ahli-ahli parlimen yang berpotensi menyeberang,” ujarnya.

Mengulas mengenai tindakan kelab Penyokong kerajaan (BN-BBC) mengadakan lawatan sambil belajar ke Taiwan 8 September lalu bagi mempelajari teknik pertanian dalam keadaan politik negara khususnya Umno-BN bergolak.

“Mungkin hal pertanian lebih penting ketika ini,” katanya dalam nada sindiran.

http://www.harakahdaily.net

No comments

Powered by Blogger.