Tidak ada orang miskin, orang tua sakit di Melaka?
TERNYATA masih ada pemimpin kanan Barisan Nasional yang tidak mampu mengambil iktibar daripada kekalahan parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Selasa (26 Ogos) lalu.
Iklan
Meski pun telah diberi isyarat jelas oleh rakyat di sana tentang apa yang perlu diutamakan dan apa yang tidak perlu, masih ada pemimpin BN tergamak mengulangi isu basi yang telah ditolak pengundi kawasan berkenaan.
Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa di antara pemimpin BN yang gagal menyelami mesej dari Permatang Pauh itu ialah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Dalam kenyataannya kepada media mengulas keputusan pilihan raya itu, Mohd Ali bagaikan mengulangi apa yang menjadi isu utama kempen BN apabila masih mengaitkan soal kemiskinan rakyat Permatang Pauh sebagai bukti kegagalan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Umum tahu Anwar juara bela orang miskin dan melaung-laungkan slogan tersebut sejak dari universiti lagi, tapi di kawasannya (Permatang Pauh) masih ramai lagi orang miskin dan terbiar," kata Mohd Ali, sebagaimana disiarkan akhbar, Khamis.
Baginya, kemiskinan rakyat kawasan itu adalah bukti Anwar 'tidak banyak buat kerja' selama menjadi wakil rakyat dan menteri suatu ketika dahulu.
Agak sukar dimengertikan mengapa Ketua Menteri Melaka itu masih memilih isu berkenaan untuk menyerang peribadi Anwar. Apakah beliau sudah ketandusan isu untuk memperlekehkan kewibawaan Ketua Pembangkang baru itu?
Sedangkan isu kemiskinan rakyat itu telah dikumandangkan para pemimpin BN dan media massa dikuasainya sepanjang kempen pilihan raya kecil itu berlangsung.
Secara logiknya sudah dapat difikirkan bahawa setelah rakyat Permatang Pauh memberikan kemenangan lebih besar kepada Anwar, bermakna rakyat sudah tidak termakan dengan manipulasi isu kemiskinan itu. Lantas di mana wajarnya seorang pemimpin nasional seperti Mohd Ali masih mengungkitkannya?
Dunia sudah semakin maju. Minda rakyat juga semakin ke hadapan. Mereka dapat memikirkan bahawa soal kemiskinan dan lain-lain isu berkaitan pembangunan adalah isu pemerintahan. Ia tidak wajar dianggap sebagai isu peribadi seseorang wakil rakyat sahaja.
Apatah lagi jika nak disabitkan kemunduran sesuatu kawasan itu kerana ia diwakili pembangkang. Sedangkan rakyat dapat melihat betapa di negeri diperintah BN dan kawasan diwakili Yang Berhormat daripada BN pun masih banyak aspek pembangunan yang tidak selesai dan masih ada orang miskin.
Sebab itu agak melucukan apabila Mohd Ali dalam kenyataan sama turut mengaitkan adanya orang tua yang sakit dan anak-anak muda yang menganggur sebagai antara bukti kegagalan Anwar sebagai pemimpin.
"Melalui pemerhatian saya (sewaktu di Permatang Pauh), masih ada yang tidak ada bekalan air, masih banyak kawasan setinggan, orang-orang tua yang sakit, anak-anak muda tiada kerja serta tiada sebarang bimbingan dan kemahiran untuk mereka," katanya.
Sebagaimana disebutkan tadi, jika berasaskan hujah tersebut, apakah Mohd Ali bermaksud semua kekurangan itu sudah tidak wujud di negeri atau di kawasan diwakili BN? Apakah di Sabah, Sarawak, Terengganu dan Pahang misalnya, semua pelusuk negerinya telah dibekalkan air bersih?
Apakah sudah tidak ada anak-anak muda yang tidak berpekerjaan di Johor, Negri Sembilan dan Perlis yang diperintah BN?
Bahkan, barangkali satu keadaan yang paling mahu diketahui rakyat negara ini ialah apakah di Melaka sendiri sudah tidak ada orang miskin dan orang-orang tua yang sakit?
Ternyata kenyataan yang terlalu didorong emosi itu kembali memerangkap Mohd Ali sendiri. Nampaknya beliau masih gagal memahami mesej perubahan diisyaratkan rakyat Permatang Pauh, Selasa lalu

No comments
Post a Comment