Transnasional jual 36,000 lagi tiket balik raya

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang ingin pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri tidak perlu bimbang kerana ada 36,000 lagi tiket bas tambahan disediakan untuk semua destinasi membabitkan laluan Pantai Timur, Utara dan Selatan yang akan dijual mulai esok.

Pengarah Eksekutif Konsortium Transnasional Berhad (KTB), Tengku Hasmadi Tengku Hashim, berkata semua tiket itu untuk perjalanan pada 24 September hingga 8 Oktober ini dengan 2,400 tiket dijual sehari.

"Kita berharap tiket tambahan yang disediakan mencukupi untuk semua orang yang mahu pulang ke kampung menjelang musim perayaan," katanya kepada Berita Minggu, semalam.



Sebelum ini, Tengku Hasmadi dipetik sebagai berkata, syarikat perkhidmatan bas berhenti-henti dan ekspres terbesar di Malaysia itu mengakui tiket bagi laluan Utara dan Pantai Timur menerima permintaan tinggi ketika musim perayaan.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA), Datuk Ashfar Ali, berkata orang ramai tidak perlu risau tidak dapat pulang beraya di kampung kerana bas tambahan mencukupi.

horeyyyy.......balik kampung...hoho balik kampung..

No comments

Powered by Blogger.