umno dah mula takut
KUALA TERENGGANU: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno, Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, setakat ini tidak ada bukti menunjukkan ada Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) di Terengganu akan menyertai pembangkang seperti didakwa berlaku sebelum 16 September ini.
“Kita memang sudah lama mendengar mengenai khabar ini, dan kita juga telah mengambil tindakan memantau mengenai perkara itu.
“Bagaimanapun, hasil pemerhatian yang dijalankan setakat ini tidak ada bukti kukuh yang dapat mengaitkan ada Ahli Parlimen BN Terengganu yang akan lompat parti,” katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas tentang kenyataan Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu, Fariz Musa bahawa lebih daripada seorang Ahli Parlimen di negeri itu akan menyertai PKR.
Tengku Putera berkata perpaduan dalam Umno Terengganu masih kukuh. — Bernama

No comments
Post a Comment