pm...pm...pm....video


[Dikemaskini]

9.20 pagi - DSAI bergerak keluar dari kawasan Bukit Segambut menuju ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

9.25 pagi - Tiba di mahkamah dengan kawalan yang sangat ketat disediakan oleh pihak keselamatan.

9.31 pagi - Bergerak menuju ke kamar mahkamah Seksyen Jenayah 1. Hanya ahli keluarga dan peguam sahaja dibenarkan masuk.

10.16 pagi - Pihak pendakwa memohon untuk kes dipindahkan ke mahkamah tinggi. Peguam DSAI akan membantah permohonan ini.

10.28 pagi - Mahkamah ditangguhkan kepada 24 September bagi memberi masa kepada barisan peguam DSAI menyediakan hujah membantah permohonan pihak pendakwa untuk pindah kes ke Mahkamah Tinggi.

Bantahan dibuat berdasarkan sijil yang ditandatangani oleh Gani Patail.

10.29 pagi - Mahkamah selesai bersidang dan prosiding seterusnya ditetapkan pada tarikh 24 September 2008.

No comments

Powered by Blogger.