1malaysia: apa beza kuasa speaker melaka dengan Perak?

Wakil DAP diperintah keluar DUN Melaka kerana ingkar

MELAKA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kesidang dari DAP, Goh Leong San, hari ini diperintah keluar daripada menghadiri Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas enggan mematuhi arahan Speaker DUN, Datuk Othman Mohamad.

Arahan itu dikeluarkan mengikut Peraturan 97 Fasal 36, pada jam 11.55 pagi, 15 minit selepas persidangan itu disambung semula apabila Pengerusi DAP Melaka itu tetap berdegil untuk cuba mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Speaker.

Persidangan yang bermula jam 11.40 pagi itu sepatutnya dimulakan dengan ucapan usul terima kasih kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, dan ucapan tahniah kepada pengantinya, Datuk Seri Najib Razak, oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Bagaimanapun Goh yang semalam turut menimbulkan kekecohan apabila cuba membawa usul tidak percaya terhdap Mohd Ali, bangun secara tiba-tiba untuk mengemukakan satu lagi usul tidak percaya dan kali ini terhadap Speaker.

Walaupun permohonannya itu ditolak Speaker, Goh enggan mengalah.

Selepas itu, berlaku kekecohan apabila penyokong kerajaan pula bangun beramai-ramai meminta beliau duduk. Pertikaman lidah kemudian menjadi semakin hangat.

Namun wakil pembangkang berkenaan tidak mahu mengalah sehingga memaksa Speaker bertindak menggunakan kuasanya memerintahkan beliau keluar dari Dewan sebelum menangguhkan seketika persidangan berkenaan.

Drama itu tidak berakhir di situ apabila Goh enggan keluar, sehingga dua Bentara terpaksa datang berjumpa beliau di tempat duduknya. Hanya selepas jam 12.15 tengahari, barulah Goh dan empat wakil DAP lain keluar dari Dewan.

Persidangan disambung semula kira-kira jam 12.35 tengah hari dengan ucapan usul yang disampaikan Mohd Ali tanpa kehadiran Goh. Difahamkan, usul tidak percaya terhadap Speaker itu dikemukakan Goh jam 2.15 petang semalam kepada Othman di pejabatnya tapi ditolak.

1malaysia najib tipu!

No comments

Powered by Blogger.