1malaysia: mungkin 10 orang penyokong sahaja pada hari penamaan calon!

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) dilihat sebagai menjadi alat kepada parti UMNO-BN apabila bertindak untuk menguatkuasakan pendekatan baru mengehadkan penyokong pada penamaan calon dan larangan berkempen semasa hari mengundi ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

SPR akan mengumumkan tarikh pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti Isnin ini.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof berkata, "penyokong yang ramai dan masih ada yang berkempen pada hari mengundi kadang-kadang boleh cetuskan pergaduhan antara parti-parti yang bertanding."

Beliau memberitahu, amalan kehadiran penyokong yang ramai untuk berkempen pada hari pengundian dan ketika pengumuman boleh cetuskan perkara buruk dan menyukarkan petugas.

Oleh itu, katanya, SPR ingin mengelakkan kehadiran jumlah penyokong yang ramai sebagai budaya baru semasa pilihan raya.


bodoh punya keputusan... ni ingat nak lawan congkak ker? kahkahkahah....penakut la tu!

No comments

Powered by Blogger.