3 April Permulaan Detik Hitam Demokrasi Malaysia


Semua soalan saya telah terjawab pada pagi ini, Najib sudah menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Jika Pak Lah, orang menyebut beliau banyak terima nasihat dan pandangan daripada menantunya iaitu Khairy.

Najib pula? Ramai orang melihat Che Det yang bakal menguasai arah tuju Najib dalam mengemudi Kerajaan Malaysia.

Che Det? Beliau akan meneruskan apa yang telah dilakukan pada masa beliau menjadi Perdana Menteri yang lepas.

1) Apakah tragedi seperti menfitnah Anwar hingga terpecatnya Anwar dalam UMNO akan berulang?

2) Apakah tragedi seperti peristiwa Memali berulang, untuk membendung kemaraan parti lawan?

Saya masih tidak dapat menerima Najib sebagai Perdana Menteri, kerana, terlalu banyak skandal yang melibatkan beliau. Beliau belum bersih sebersihnya lagi untuk memimpin Malaysia.

1) Apakah lebih ramai lagi nasib tidak terbela bila dihadapkan ke Mahkamah, seperti kes Altantuya?

2) Apakah lebih banyak lagi skandal akan muncul, seperti kapal terbang, kapal laut, kapal korek, keretapi dan lain-lain?

3) Apakah rampasan kuasa terus berulang sepertimana yang telah terjadinya di Perak?

Untuk makluman, Che Det akan masuk semula ke dalam UMNO sedikit masa lagi.

Bermula pada tarikh ini, 3 April 2009, hari Jumaat. Merupakan permulaan detik hitam dalam amalan demokrasi di Malaysia ini. Demokrasi akan terus diperkotak-katikan oleh UMNO CELAKA.

Mapuh UMNO!

Artikel ini juga patut dibaca -

Teori RAHMAN : Berakhir Dinasti UMNO
Najib dengan rasmi PM ke-6
81 MPs and 5673 Malaysians don't want Najib
Tahniah Najib, Takziah Malaysia...

No comments

Powered by Blogger.