abang mat...calon popular!

oleh hidayah


Pemilihan pucuk pimpinan umno baru saja selesai.Ekoran dari itu satu kabinet dibawah pimpinan Perdana Menteri yang baru telah dibentuk.

Perhatian rakyat sekarang tertumpu pula kepada pemilihan pucuk pimpinan Pas yang akan bermuktamar pada bulan June nanti.Parti yang mempunyai pengikut akar umbi yang paling dominan dalam pakatan rakyat sudah tentu akan membariskan pucuk pimpinan yang baru yang lebih berwibawa untuk masa dua tahun yang akan datang.Apatah lagi masa dua tahun yang akan datang disebut-sebut sebagai masa peralihan dari Kerajaan BN kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Sebagaimana Umno,pemilihan Presiden dalam muktamar Pas yang akan datang dilihat tidak menarik kerana bayangan bahawa Presiden tidak akan dicabar telah diketahui umum walaupun Presiden sentiasa bersedia untuk dicabar.

Lalu perhatian masyarakat sekarang beralih pada pemilihan Timbalan Presiden yang sudah pasti akan berlaku pemilihan.Setakat hari ini empat nama telah dicalunkan.

Naib Presiden yang paling popular,Dato Husam Musa tidak akan mencabar Timbalan Presiden diatas sebab-sebab tertentu.Calon yang dilihat proxy kepada unity Goverment jelas ditolak rakyat.Melalui penolakan Roslan Sms pada pemilihan pimpinan Kawasan Subang yang dirasmikan sendiri oleh Yb Dato Seri Presiden merupakan mesej yang sangat jelas dari ahli bawahan.Ekoran dari itu jugalah Yb Dato Seri Presiden terpaksa menarik balik gagasan Unity Goverment seperti yang dilaporkan dalam akhbar Harakah keluaran terbaru.

Ekoran dari penjelasan seperti diatas,disokong dengan gelombang kuning bersih yang menjadi penyebab utama Tsunami PRU 12,maka pendokong utama gerakan bersih Tuan Haji Mohd Sabu menjadi calun popular untuk jawatan Timbalan Presiden Pas.

Peminpin grass root ini sudah mempunyai beberapa negeri yang akan menyokong beliau,walaupun pencalunan baru bermula.Sama-samalah kita lihat nanti kemampuan gelombang rakyat nanti yang akan melonjakan beliau kejawatan itu.

Kepada semua ahli,selamat bermuktamar.buatlah satu pilihan yang bijak.

No comments

Powered by Blogger.