Aksesori Exora lesap di kilang


KERATAN Kosmo! keluaran 17 April.


SHAH ALAM – Belum pun kenderaan pelbagai guna (MPV) pertama negara Proton Exora berada di atas jalan raya, sudah berlaku kecurian membabitkan alat ganti baru kenderaan tersebut sekitar bulan lepas.

Semalam, seorang jurukawal kualiti kilang IQM Sdn. Bhd., Yusri Abdul Rasit, 38, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan mencuri dua unit tombol gear auto dan empat unit tombol gear manual Proton Exora.

Harga seunit Exora adalah dari RM69,998 bagi varian M-Line manakala bagi Hi-Line pula adalah RM75,998.

Selain itu, Yusri juga mengaku mencuri tiga lagi unit tombol gear manual Proton Pesona dan lima unit tombol gear manual Gen2.

Tertuduh didakwa melakukan semua kesalahan itu di kilang tempat dia bekerja di Jalan Bursa 23/4, Seksyen 23 pada Mac lalu.

Jika sabit kesalahan, Yusri boleh dihukum mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan iaitu penjara maksimum tujuh tahun dan denda.

No comments

Powered by Blogger.