Aku tidak suka orang bongkak
Murshidul Am PAS, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz secara keras menyatakan tidak senang dengan idea itu sehingga menimbulkan suasana sedikit tegang antara Presiden dengan Murshidul Am.
Hari ini saya membaca blog Sanggah Tok Sago yang memuatkan satu artikal yang ditulis oleh anak Tuan Guru Nik Aziz, Ustaz Nik Abduh, mengenai sikap sebenar Murshidul Am PAS itu terhadap "Unity Goverment".
Nik Abduh mendakwa penolakan keras ayahnya terhadap unity goverment disebabkan beliau telah diberi penerangan yang salah oleh pembantu-pembantunya mengenai unity goverment itu. Malah beliau mendakwa penasihat-penasihat yang mengelilingi ayahnya, terdiri dari kalangan mereka yang sengaja mahu melaga-lagakan antara ayahnya dengan Datuk Seri Haji Hadi Awang.
Lebih keras lagi, Nik Abduh menyifatkan penasihat-penasihat ayahnya itu adalah kalangan orang yang belajar agama secara 'mi celup" tetapi mendakwa sebagai ulamak dengan istilah-istilah ugama yang dihafal dan bukan difiqihi.
Nik Abduh juga menyatakan usaha yang dilakukan oleh pembantu-pembantu ayahnya itu adalah sesat disisi tuhan dan mendoakan semoga Allah membalas kejahatan yang telah mereka lakukan.
Saya tidak kenal siapa penasihat-penasihat yang dimaksudkan oleh Nik Abduh itu dan saya juga tidak kenal dengan Nik Abduh itu sendiri, walaupun beberapa ketika saya pernah berkecimpung secara dekat dengan PAS. Ini mungkin kerana saya tidak berapa dekat dengan ulamak yang betul-betul mengaji tetapi lebih banyak berkawan dengan "ulamak mi celup". Makumlah saya ini dari kalangan sang kutu seperti Bakaq Hak.
Mungkin kerana saya ini dari kalangan sang kutu, saya tidak dapat menerima kenyataan bongkak seperti yang ditulis Ustaz Nik Abduh itu. Bukanya saya tidak suka "orang ugama" tetapi saya tidak suka orang ugama yang bongkak yang perasan mereka sahaja yang akan masuk syurga.
Walaupun saya tidak kenal siapa penasihat-penasihat Tok Guru Nik Aziz, tetapi saya percaya mereka bukanlah dari kalangan yang mahu melihat perpecahan PAS. Kalau tidak masakah Tok Guru masih mempercayai mereka.
Takkanlah Tok Guru Nik Aziz yang selama ini dihormati oleh segenap lapisan bangsa kerana kehebatannya berpolitik, tidak dapat mengenail antara yang baik dengan yang tidak baik? Takkan mungkin Tuan Guru menerima bulat-bulat nasihat dari pembantu-pembantunya tanpa mengambil kira pemikirannya sendiri?
Kalau Nik Abduh benar-benar yakin dengan apa yang diperkatakannya itu betul, kenapakan beliau tidak memberitahu terus kepada ayahnya, sedangkan beliau tinggal serumah dan bertemu setiap hari dengan ayahnya.
Kenapa orang yang mahu merosakkan perjuangan PAS dibiarkan mengerumuni ayahnya. Apakah bukan satu dosa kalau kita membiarkan sahaja orang yang memang kita tahu mahu mengkhianati perjuangan Islam?
Bersetuju atau tidak bersetuju dengan unity goverment ini, hanyalah perbezaan pendapat sahaja. Bukankah tidak ada larangan dalam Islam untuk kita berbeza pendapat. Memihak atau pun tidak bersetuju dengan pendapat seseorang pemimpin adalah perkara biasa dalam persatuan atau parti politik. Jadi apa salah kalau ramai yang bersetuju dengan Nik Aziz tetapi tidak bersetuju dengan Haji Hadi.
Janganlah terlalu mudah menghukum orang yang tidak bersetuju dengan pendapat dan pandangan kita sebagai penghianat perjuangan. Orang yang tidak belajar ugama secara khusus diperlekehkan dengan berbagai gelaran. Mereka mahu kepada perjuangan Islam itu pun sudah seribu rahmat.
http://rahimkassim.blogspot.com/2009/04/aku-tidak-suka-orang-bongkak.html
http://rahimkassim.blogspot.com/2009/04/aku-tidak-suka-orang-bongkak.html
3 comments
Rapatkan saf jamaah kita.tolak jiwa yahudi dan nasrani dalam perjuang kita.
mungkin teman ni jenis pessimist. takkan nik abduh dah berjaya di "turn over" masa kena tahan isa kot? kalau beliau ikhlas utk menyampaikan apa isi hati haji hadi kenapa tidak diberitahu pada ayahnya?
apakah nik aziz tidak mengenali anaknya sendiri? pada teman ulama celup ni mungkin ditujukan pada kumpulan husam rasanya.
apakah nik abduh juga penasihat pada haji hadi? pada teman suatu yg agak pelik bila suatu perkara besar seperti unity gomen yg dicadangkan tidak dibincang terlebih dahulu antara nik aziz dgn haji hadi.
apakah ada pihak dlm pas sendiri yg ingin melagakan dua pemimpin besar pas ini? kenapa perlu idea ini dihebahkan kepada media jika nik aziz dan haji hadi sendiri belum berbincang?
maaf teman tersalah pasal nik abduh ni. anak nik aziz yg pernah ditahan isa ialah nik adli.
Post a Comment