akur atau penakut?


KERUSI yang kosong kembali penuh selepas 10 Ahli Dewan Undangan Negeri menghadiri semula persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.


KUALA TERENGGANU 15 April - Semua 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang tidak menghadiri persidangan DUN semalam, muncul hari ini untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing sebagai wakil rakyat.

Dengan wajah yang ceria, mereka dilihat memasuki dan memenuhi Dewan apabila persidangan dimulakan kira-kira pukul 9.30 pagi.

Mereka menghadiri semula persidangan DUN selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengarahkan ADUN berkenaan kembali menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini.

ADUN terlibat ialah Datuk Seri Idris Jusoh (Jerteh), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Muhammad Ramli Nuh (Tepuh), Mohd. Zawawi Ismail (Kuala Berang), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Zakaria Abdullah (Paka), Ramlan Ali (Jabi) dan Mohd. Pehimi Yusof (Kota Putera).

Semalam ADUN berkenaan tidak menghadiri persidangan Dewan kerana mendakwa keselamatan diri mereka terancam.

Tindakan semua ADUN BN itu dipercayai ada kaitan dengan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) berbentuk ancaman yang diterima Rosol, Abdul Halim dan Zakaria berhubung kemelut politik di negeri ini.

Ia dipercayai susulan kenyataan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said untuk mengambil tindakan tegas termasuk memecat ADUN BN jika mereka membentangkan usul tidak percaya terhadap beliau pada persidangan ini.

Sementara itu, Yang Dipertua DUN, Datuk Tengku Putera Tengku Awang gembira kerana mereka hadir selepas tidak menunaikan tanggungjawab semalam.

Katanya, kehadiran mereka membuktikan semua ADUN tidak mengetepikan tanggungjawab masing- masing.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat pula berkata, kesemua ahli DUN sepakat dan tidak berpecah seperti dakwaan pembangkang.

Menurutnya, dakwaan pembangkang kononnya wakil rakyat BN berpecah-belah tidak benar kerana kehadiran mereka membuktikan perpaduan di dalam parti tetap utuh.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat pula membidas Pas kerana sering membuat andaian bukan-bukan di sebalik ketidakhadiran ADUN BN sepanjang persidangan semalam.

No comments

Powered by Blogger.