apabila samy kecewa tidak dilantik senator!

KUALA LUMPUR: MIC menimbangkan kemungkinan mengeluarkan keanggotaannya dalam Kabinet baru yang diumumkan Khamis lalu.

Parti komponen Barisan Nasional (BN) itu mahu berbuat demikian kerana tidak diberikan keutamaan yang seimbang dan signifikan dalam barisan jemaah menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Pertimbangan untuk keluar Kabinet itu diputuskan kelmarin iaitu pada hari yang sama jemaah menteri mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Bilangan perwakilan MIC dalam Kabinet kekal dengan seorang menteri dan dua timbalan menteri sebagaimana diperuntukkan Mac 2008.

Setiausaha Agung Datuk Dr. S. Subramaniam dilantik Menteri Sumber Manusia; Bendahari Datuk S.K. Devamany sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Penerangan, Datuk M. Saravanan sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Pertimbangan keluar Kabinet itu dijangka dibincangkan pada mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC Khamis ini, lapor The Star.

Langkah itu juga berkaitan dengan keputusan MIC tidak diberikan portfolio Kementerian Kerja Raya kepada MIC.

Parti itu meminta agar diberikan kementerian kanan tersebut yang dipegang oleh wakil MIC sehingga pilihan raya umum lalu.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu memegang kementerian itu sehingga beliau tewas pada pilihan raya 8 Mac 2008.

Pucuk kepimpinan parti menganggap Kementerian Sumber Manusia adalah portfolio junior manakala parti lain diberikan lebih banyak kedudukan, malah yang lebih baik.

No comments

Powered by Blogger.