Barang tak laku gadai sedang mengemis dan menyalak…
Ibrahim Ali tunggu ‘pinangan’ Umno
KOTA BAHARU: Anggota Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali menunggu ‘pinangan’ daripada pimpinan Umno, untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.
“Saya tidak akan meminang Umno, kecuali Umno yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku),” katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada Umno.
Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.
“Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh,” katanya selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini, hari ini.
Ibrahim, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua Umno Pasir Mas pada 22 Nov 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam Umno kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.
Beliau bagaimanapun tewas kepada calon PAS, Ismail Noh.
Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat ’satu kejutan’ terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.
Dr Mahathir mengumumkan menyertai semula Umno semasa perhimpunan Agung Umno 2008, Mac lepas.
http://www.bernama.com
Ulasan
Naik muak, mual, loya ketahap muntah hijau bila dengar si sundal ‘jalang politik’ Pasir Mas tu menggatal. Kononnya mengharap dan menunggu-nunggu pinangan dari UMNO. Harap-harap UMNO kutiplah dia dan beri tugas-tugas khas jaga semua Zoo-zoo di Malaysia dengan memberi keutamaan di dalam pembiakan semua spesis katak-katak di dunia.
Pada mulanya di sangkakan PAS membuat silap meletakan si sundal ‘jalang politik’ ni bertanding setelah dipujuk rayunya PAS Kelantan, rupa-rupanya PAS ‘mengutip’nya untuk di’mati’kan selama-lamanya.
Pengundi Pasir Mas tentunya semua cerdik dan bijak membuat pengadilan. Dan saya yakin orang Kelantan khasnya semua bijak membaca politik tanahair, sebab itu PAS dapat bertahan lebih kurang 19 tahun.
Saya mengharap sangat-sangat agar UMNO Kelantan memujuk Presiden agar disegerakan majlis melompat untuk kali terakhir sebelum hayatnya sampai menjelang PRU13.
http://al-brangi.blogspot.com
No comments
Post a Comment