Bayangan Dr Mahathir muncul di belakang 'tabir' kabinet baru

(Hrkh) - Kabinet Dato' Seri Najib Razak yang diumumkan hari ini dianggap menjelaskan situasi sebenar ada pemimpin lain yang lebih berkuasa berada di belakang perdana menteri baru.
Iklan




Bayangan Tun Dr Mahathir Mohamad semakin jelas sekarang dan ia tentunya menjadi kebimbangan rakyat kerana pemimpin itu pernah dicemuh mereka sebelum ini.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, pelantikan kabinet baru membuktikan keretakan dalam Umno semakin parah, apabila hanya penyokong Najib dan Dr Mahathir sahaja yang diberi tempat.

"Sekiranya Najib meneruskan pentadbiran negara dengan ada tokoh berada 'di belakang tabir' ianya amat bahaya serta memberi kesan yang buruk kepada sesebuah kerajaan.

"Ini kerana kerajaan yang baik akan berdiri sendiri dan tidak sekali-kali dicucuk hidung mengikut rentak pihak lain," katanya sebagai mengulas barisan kabinet baru Najib yang diumumkan petang tadi.

Menteri yang digugurkan iaitu Dato' Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Dato' Ir Mohd Zin Mohamed, Dato' Azalina Othman Said dan Dato' Ong Ka Chuan.

Manakala pemimpin yang dibawa masuk semula ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Dato' Dr Awang Adek Hussin.

Lebih mengejutkan lagi apabila Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin langsung tidak diberi tempat, sedangkan pencabarnya yang kalah dalam pemilihan pergerakan itu bulan lalu, Dato' Mukhriz Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Begitu juga Naib Ketua Pemuda Umno, Dato' Razali Ibrahim dilantik Timbalan Menteri Belia dan Sukan.

Sepupu Najib, Dato' Seri Hishamuddin Hussein pula dilantik Menteri Dalam Negeri menggantikan Syed Hamid.

Husam juga berkata, pelantikan kabinet baru itu langsung tidak mencerminkan institusi kehakiman dan polis akan pulih imejnya memandangkan menterinya tiada kredibiliti.

"Apabila perkara ini berlaku, mereka tidak akan dihormati masyarakat dan institusi berkenaan akan dipandang dengan imej buruk," ujarnya.

Malah kata beliau kabinet baru hanya mencerminkan kesetiaan tokoh yang dilantik kepada perdana menteri dan Dr Mahathir.

Beliau berkata, mana-mana pemimpin yang menjadi penyokong setia kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi digugur walaupun baru dilantik hanya sepenggal.

1 comment

Putra IJ80 said...

Mahafiraun akan cuba mengekalkan kuasanya sampai hari kiamat.

Sahingga die lupa Allah lebe berkuasa dari nya.

Tunggu dan lihat saat kejatohan bila doa orang orang yg.di zalimi di makbolkan ole Allah s.w.t.

Powered by Blogger.