berita sedih dari kelantan: pelajar buta sebab kena serpihan gas pemedih mata!

KOTA BHARU 9 April — Seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV dekat sini malam Selasa lepas.

Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat di sini, sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein.

Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejurus selepas kejadian. - Bernama

No comments

Powered by Blogger.