Bertanding pada pilihan raya kecil Penanti bazir wang rakyat: umno!
KUALA LUMPUR: Pemimpin Umno dan parti komponen Barisan Nasional (BN) menyokong sebarang keputusan pucuk pimpinan parti termasuk jika BN tidak mele-takkan calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang.
Mereka sependapat pilihan raya kecil itu tidak sepatutnya diadakan kerana ia hanya membazirkan wang rakyat dan permainan politik Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, berkata parti itu bersetuju dengan cadangan itu kerana percaya Pakatan Rakyat mempunyai agenda tersendiri.
“Biarkan Pakatan Rakyat dengan kerenah meminta wakil rakyatnya meletak jawatan dan kemudian mahu mengadakan pilihan raya kecil. BN mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan,” katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pekan, semalam, kemungkinan BN tidak akan menyertai pilihan raya kecil DUN Penanti.
Naib Presiden MIC, Datuk S Veerasingam berkata, parti itu percaya Pengerusi BN itu mempunyai sebab yang kukuh jika tidak mahu meletak calon BN di DUN Penanti.
Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Najib yang BN berkemungkinan tidak meletakkan calon bertanding pilihan raya kecil kerusi DUN Penanti jika mendapat persetujuan semua parti komponen BN.
Beliau berkata, pilihan raya kecil Penanti itu adalah satu permainan politik Anwar.
“Saya percaya dia akan meneruskan usaha memujuk atau memaksa wakil rakyatnya mengosongkan kerusi lain,” katanya.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, Wanita Umno sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang pilihan raya kecil.
“Bagaimanapun kami tidak bersetuju proses demokrasi negara ini disalahgunakan dan diperlekehkan sehingga rakyat menjadi mangsa oleh kerenah individu dan kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah dalaman parti mereka,” katanya.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, alasan Mohammad Fairus meletak jawatan jelas menunjukkan pilihan raya kecil DUN Penanti tidak perlu diadakan kerana ia hanya membuang masa dan wang rakyat.
Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, pembangkang kini menjadikan pilihan raya kecil sebagai satu permainan dan urus niaga politik murahan.
Di GEORGETOWN, Umno Pulau Pinang menyerahkan kepada kebijaksanaan pucuk pimpinan parti berhubung penyertaan BN dalam pilihan raya kecil DUN Penanti.
Setiausahanya, Datuk Azhar Ibrahim berkata, Umno negeri akur dengan apa juga keputusan parti.
umno dah ngaku dah....tau pun dok bazir wang rakyat! bazir ke takut kalah? akahkahkahkahkah.......

No comments
Post a Comment