BN sedia hadapi pilihan raya kecil Penanti

KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) bersedia pada bila-bila masa bagi menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti selepas penyandangnya, Mohammad Fairus Khairuddin dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan meletakkan jawatan hari ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata setakat ini Adun terbabit belum secara rasmi memaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai keputusannya mengosongkan kerusi itu.

"BN bersedia pada bila-bila masa sekiranya SPR isytihar kerusi itu dikosongkan," katanya kepada pemberita di sini, petang ini.

No comments

Powered by Blogger.