BUKIT GANTANG : Siapa Yang Sebenarnya Tertekan?
Katanya perbuatan pembangkang menabur fitnah kononnya wujud perbalahan dalam Umno, adalah satu pembohongan dan cuba mencemari nama baik calon Barisan Nasional, Ismail Saffian.
"Kita sudah masuk fasa kritikal kempen, saya dukacita parti lawan cuba main kasar tabur fitnah, buat surat layang dan risalah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan mesyuarat dua jam dengan jentera pilihan raya BN di sini, Khamis.
Muhyiddin, yang mengetuai jentera itu, berkata tindakan pembangkang itu mungkin disebabkan tekanan kerana BN diterima baik oleh semua kaum.
Katanya BN telah membuat laporan di Balai Polis Changkat Jering semalam supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap pihak yang terbabit.
Ulasan GB
Tidak jelas apa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin dengan bermain kasar. Apakah kerana wujudnya surat layang yang menyatakan kononnya wujud perbalahan dalam Umno itu sebagai bermain kasar?
Yang jelas, umum mengetahui yang tertekan kini ialah UMNO-BN. Buktinya:
1) UMNO-BN terpaksa berkempen menggunakan gadis seksi dengan kehadiran Naib Presiden terkanan, Ahmad Zahid Hamidi dan calon UMNO-BN Ismail Saffian. Ahmad Zahid sanggup berdusta menyatakan ia buday masyarakat Cina. Siapa yang mengajar Zahid tarian separa-bogel di atas pentas oleh gadis-gadis seksi itu sebagai budaya masyarakat Cina? Tak tertekankah namanya itu - dua sekaligus, pertama berkempen menggunakan gadis seksi, kedua berdusta menyatakan ia budaya masyarakat Cina?
2) Perbuatan liar penyokong BN dengan membuat contengan di dinding-dinding untuk mencaci maki parti lawan secara keterlaluan. Tidak tertekankah namanya itu?
3) Para blogger BN menggunakan bahasa mencarut dan makian keterlaluan di dalam blog-blog yang ditulis oleh mereka sewaktu menyerang calon PAS, Datok Seri Nizar Jamaluddin disamping fitnah yang lebih dasyat. Tidak tertekankah namanya itu?
4) Polis dan FRU diperalatkan untuk membantu BN pasang alat kempen. Sampai tahap itu polis dan FRU diperalatkan. Tidak tertekankah namanya itu
5) UMNO mula menerima padah apabila memainkan isu derhaka sultan untuk menyerang PAS di Bukit Gantang. Serangan yang melampau-lampau ini menyebabkan orang ramai terutamanya pengundi melayu di Bukit Gantang mula ingin tahu benarkah Nizar derhaka kepada sultan. Akhirnya terbukti UMNO-BN penderhaka sebenar. Tidak tertekankah namanya itu?
Malah laporan polis oleh Muhyiddin sendiri di sata waktu berkempen sednag berjalan, bukankah itu membuktikan UMNO-BN amat tertekan namanya?
No comments
Post a Comment