ceteknya pemikiran politik khir tolol

Isu Eli : Khir dalam keadaan terdesak.
Ketua Pembangkang DUN Selangor, Mohd Khir Toyo nampaknya dalam keadaan sangat terdesak dan tiada isu untuk menempatkan namanya kembali dalam pentas politik negeri Selangor. Berita mengenai keputusan kerajaan Selangor mengekalkan jawatan Elizabeth Wong sebagai exco negeri dan ADUN Bukit Lanjan disifatkan menguntungnya Barisan Nasional (BN) olehnya.

"Kita akan mengeksploitasi isu tersebut," katanya ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri itu.

Persoalannya sekarang adakah keputusan kerajaan negeri itu sesuatu yang salah dan apa yang berlaku oleh Elizabeth juga salah. Tidak kah Khir tahu bahawa Elizabeth adalah mangsa pencerobohan orang yang tidak bertanggung jawab, hak peribadinya telah diexploitasi sedemikian rupa.

Sebenarnya yang bersalah adalah orang yang menceroboh hak Eli dan dia perlu dihukum, bukannya Eli.

Begitu juga tindakan kerajaan Selangor mengekalkan Eli adalah tindakan yang tidak ganjil malah tepat serta mengembalikan hak Eli kepada kedudukan asal kerana dia tidakpun bersalah.

Saya tidak faham dengan kenyataan Khir yang mengatakan keputusan itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat tidak konsisten dengan nilai-nilai yang mereka pegang.

Janganlah Khir melihat terlalu jauh, pandanglah dulu apa yang ada dalam batang tubuh parti cap dacing dan keris yang Khir pegang. Kalaupun bukan 100 % mereka ada skandal dan masalah tetapi umumnya mengetahui ianya satu keadaan yang biasa.

Malah bukan menjadi luar biasa dengan pemimpin wanita umno negeri dibawah khir yang terlibat skandal dengan suami orang dilantik lagi jadi exco wanita umno mMlaysia.

Mungkin benarlah andaian di negeri Selangor, lembu pun lebih mulia dari manusia dalam beberapa hal ? Malah Al Quran menyebutkan "bal hum adha" lebih teruk dari binatang. Fikir-fikirkanlah !

No comments

Powered by Blogger.