Demi Islam, Sokonglah Pakatan Rakyat - malaysiakini


Dari malaysiakini -
  • Satu laporan polis dibuat terhadap setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming kerana didakwa mempersendakan Islam dalam ceramah politiknya dalam pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang.
Dan ini terjemahan ayat Al-Qur'an yang dibacakan oleh YB Nga Kor Ming, Ahli Parlimen Taiping dan juga ADUN Pantai Remis.
  • "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat, dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya" - Surah Al-Nahl awalan ayat ke 90.
Aku nak tanya korang baik orang UMNO/BN maupun orang Pakatan Rakyat yang beragama Islam. apa perasaan korang bila korang pergi satu ceramah yang penceramahnya seorang yang bukan Islam, boleh membaca Al-Qur'an dan terjemahannya sekali?

Terpulang pada korang samada nak jawab dalam hati ataupun nak jawab dekat ruangan komen dekat bawah tu. terpulang jugak macam mana korang nak jawab samada dengan maki-hamun atau dengan hujah. dalam blog ni aku amalkan keterbukaan. malas nak tapis-tapis. itu hak korang dan ini hak aku.

Pada aku sendiri, aku rasa bangga bila ada orang bukan Islam dah mula pandai membaca Al-Qur'an siap dengan terjemahannya sekali. kalau nak suruh aku, memang aku tak mampu walaupun aku beragama Islam. takat nak baca yang biasa-biasa tu tak de masalah, tapi kalau nak tafsir, aku tak berani nak cakap aku pandai. kena belajar banyak lagi.

Dekat sini aku nak ajak korang berfikir sikit. hari ni kita serius sikit, setel yang ni, kita balik pada asal... santai macam selalu.

Aku nak tanya korang dan aku mintak korang fikir, selama lebih 50 tahun UMNO/BN berkuasa di Malaysia, berapa kali korang dapat tengok situasi macam ni? satu situasi dimana pimpinan tertinggi parti baik MIC, MCA ataupun GERAKAN (tak gerak tak makan) yang ada minat pada Al-Qur'an?

Selama lebih 50 tahun UMNO/BN memerintah, dan juga bergabung dengan berbagai parti berbilang kaum dan agama, apa yang dapat UMNO/BN buat dalam memperkenalkan ajaran Islam yang suci pada sahabat-sahabat dalam parti-parti komponen yang majoritinya bukan Islam?

Selama hangpa kenal UMNO/BN, pernah tak hangpa dengar mana-mana pimpinan parti-parti komponen yang bukan Islambercakap tentang pemerintahan berlandaskan Al-Qur'an dan Sunnah?

Korang bandingkan pulak dengan apa yang berlaku didalam gabungan Pakatan Rakyat yang umurnya baru setahun jagung... tengoklah dan nilaikan apa yang mampu PAS bawakan dalam Pakatan Rakyat. korang tengok apa yang mampu PAS lakukan terhadap sahabat-sahabat dalam DAP yang selama ni siang malam kita dok caci kononnya depa ni anti Islam.

Apa yang berlaku dalam Pakatan Rakyat tak pernah berlaku dalam Barisan Nasional sebelum ni. yang ni kita terpaksa akui betapa berkesannya dakwah yang berlaku dalam Pakatan Rakyat. tanpa sedar kita sedang melihat satu perubahan yang amat-amat ketara sedang berlaku kepada sahabat-sahabat kita yang bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Korang tak perasan ke berapa ramai bukan Islam yang tak segan silu datang ke apa-apa majlis anjuran Pakatan Rakyat tak kira majlis ilmu atau majlis ceramah? korang perasan tak bahawa pada satu-satu masa dalam majlis Pakatan Rakyat bila kita jemput mana-mana Ustaz dan Ustaz jemputan bacakan ayat-ayat suci Al-Qur'an, sahabat-sahabat kita yang bukan Islam tetap tak berganjak dari tempat depa berdiri?

Korang tak nampak ke satu perkembangan yang amat-amat baik dah berlaku dalam Pakatan Rakyat dimana nilai hormat-menghormati sesama kaum dan agama makin lama makin tinggi dalam Pakatan Rakyat?

Bagi korang, itu tak cukup baik ke untuk agama Islam kita yang suci? tak cukup baik ke perkembangan ini bila yang bukan Islam dah mula menghormati agama Islam kita? korang tak bangga ke bilamana waktu kita bertakbir "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar" menyatakan kebesaran Allah, rakan-rakan kita pun turut sama bertakbir menyatakan kebenaran Allah? (walaupun depa mungkin tak paham).

Dulu aku pun bertakbir kosong jugak... "Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar" tapi aku tak jelas apa yang aku takbirkan sampai satu masa aku dok tanya dalam diri aku apa tu Allahu Akbar dan aku paham bahawa Allahu Akbar itu ialah Allah Maha Besar dan aku mula cari sebab kenapa dikatakan bahawa Allah itu Maha Besar.

Dari sebutan Allahu Akbar aku mula masuk dalam ajaran Islam dan aku mula kenal oh ini rupanya Islam dan oh ini rupanya yang dikatakan Allah Maha Besar dan sebelum tu aku cuma tau sebut je Allahu Akbar dan aku tak tau apa yang aku sebut masa tu.

Alahamdulillah sampai saat ni aku mula makin faham dan aku masih jugak cuba nak faham banyak perkara yang sebelum ni aku tak paham dan semuanya bermula dengan kalimah Allahu Akbar.

Kalau benda macam tu boleh berlaku dalam diri aku, kenapa tidak benda yang sama jugak boleh berlaku dalam diri sahabat-sahabat kita yang bukan Islam? kenapa perkara yang sama tak boleh berlaku pada mereka-mereka yang sama-sama bertakbir dengan kita selalu?

Itu jugak yang aku lihat sedang berlaku dalam pimpinan Pakatan Rakyat. yang bukan Islam dah mula belajar mengkaji dan memahami apa yang ada dalam ajaran Islam dan depa-depa ni telah mengangkat agama kita kesatu peringkat yang selama ni dinafikan oleh UMNO/BN.

Jadi apa alasan yang dapat korang bagi untuk menolak perkembangan yang baik ni? kenapa ada yang cuba nak menyekat satu perkara yang amat-amat baik yang selama ni tak pernah berlaku dalam negara Malaysia dalam hal memartabatkan Islam setinggi-tinggi haknya?

Kenapa bila perkara yang menjerumuskan kepada memartabatkan Islam ke tempat yang sepatutnya berlaku dalam negara Malaysia seperti yang sedang berlaku didalam Pakatan Rakyat, ada yang cuba nak menyekat?

Kenapa mesti tiba-tiba ada bengong-bengong yang mula menyalak ini tak boleh, itu tak boleh padahal transformasi perubahan dalam pemahaman tentang agama Islam sedang berlaku dalam negara Malaysia? inikah caranya kita nak memartabatkan Islam di Malaysia?

Pada aku orang-orang yang cuba nak menafikan transformasi pemahaman tentang Islam ini adalah mereka-mereka yang telah dibutakan matanya dan ditutup pintu hatinya oleh Allah. orang-orang ini tak senang bila ada orang-orang bukan Islam mula faham tentang Islam.

Lebih 50 tahun UMNO bergabung dengan parti-parti komponen bukan Islam, UMNO tak mampu membawa perubahan kearah memartabatkan Islam di Malaysia. Islam makin terpinggir ditangan keparat UMNO. pimpinan UMNO gagal memartabatkan Islam dan membawa pemahaman tentang Islam selama ini sebaliknya UMNO pula yang terpesong terikut-ikut dengan cara kehidupan yang bukan Islam.

Jangan cakap aku mengarut. aku ada bukti untuk hujah aku yang ini. lihat saja apa jadi dengan ahli keluarga pimpinan-pimpinan UMNO. macam mana cara kehidupan depa. kalau sebut nama mana-mana Disco atau Pub aku jamin semua dok dalam kepala depa siap dengan schedule hari apa bukak, hari apa tutup, hari apa Ladies Night dan hari apa cuti dan sapa DJ yang bertugas.

Tu belum masuk bab harga minuman dekat sana, menu minuman, jenis-jenis minuman dan jugak sapa GRO paling cun dekat sana lagi tu. yang ni aku jamin ada dalam kepala otak depa dan silap-silap depa ada pegang kad VVIP dekat mana-mana Disco. ala... paling-paling pun nama Bouncer mesti depa ingat... tak payah kencing la...

Cuba pulak hangpa tanya depa tazkirah di masjid dekat rumah depa sama Imamnya dan sapa Bilalnya hangpa tengok depa boleh jawab ke tidak?

Dekat situ kita dah paham siapa yang Islamkan siapa dan siapa yang kafirkan siapa. tak betul?

Jadi korang fikirlah... dalam Pakatan Rakyat sudah berlaku perubahan. martabat Islam kita dah nampak dengan jelas setinggi mana diangkat dalam Pakatan Rakyat dan kita jugak dah lihat serendah mana Islam diangkat dalam UMNO/BN.

Hari ni kita baca dalam surat khabar 50 ahli MIC isytihar keluar MIC dan masuk PKR, 50 ahli MCA isytihar keluar MCA dan masuk PKR, 50 ahli UMNO isytihar keluar UMNO dan masuk PAS... itu cerita hari ni...

Kalau Pakatan Rakyat memerintah, tak mustahil di satu masa nanti kita akan baca pulak dalam akhbar berita-berita macam ni...

50 ahli MCA mengucap 2 kalimah syahadah...
50 ahli MIC mengucap 2 kalimah syahadah...
50 ahli DAP mengucap 2 kalimah syahadah...
50 ahli GERAKAN mengucap 2 kalimah syahadah...
dan lebih banyak lagi...

Korang tak seronok ke kalau perkara macam tu berlaku?
Korang tak seronok ke bila Islam dimartabatkan setinggi tempat yang sepatutnya?
Korang tak bangga ke bila semua kaum di Malaysia faham apa itu Islam?

Memang amat mustahil untuk semua orang memahami Islam dan menerima Islam tapi itu leboh baik dari Islam terpinggir terus dari Malaysia.

Pakatan Rakyat walau masih setahun jagung terbukti berjaya dan insya-Allah akan berjaya kalau diberi peluang.

Terserahlah pada korang samada mahukan perubahan macam yang sedang berlaku atau nak kan keadaan yang sebelum ni dimana kita tak tahu dimana martabat Islam di Malaysia (undur 100 langkah).
  • Bila aku taip artikel ni, aku tak harapkan di satu masa nanti semua sahabat-sahabat bukan Islam menerima Islam sepenuhnya tetapi sekurang-kurangnya depa menerima yang baik daripada ajaran Islam dan kita nikmati bersama kuasa Allah tanpa wasangka.
Demi Islam, aku pilih perjuangan Pakatan Rakyat.

"Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar"

No comments

Powered by Blogger.